Pada 7 Mei, 20 orang pegawai dari Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) dan ibu pejabat Maritim Malaysia berjaya menyelesaikan kursus penguasaan bahasa Inggeris selama 11 minggu yang dijalankan melalui program Felo Bahasa Inggeris. Kursus intensif ini merangkumi topik-topik yang berkaitan dengan bidang maritim seperti perbendaharaan kata, latihan ujian Tahap Pemahaman Bahasa Inggeris (ECL), dan lain-lain. Semasa upacara penutupan maya, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sumber Manusia Maritim Malaysia, Joyce Chan, menekankan pentingnya menguasai bahasa Inggeris untuk pegawai bagi kenaikan pangkat dan semasa operasi penguatkuasaan. Kumpulan seterusnya untuk program ini akan dimulakan pada bulan Oktober untuk rekrut baharu pegawai Maritim Malaysia yang berpusat di Kuantan. Program ini mengeratkan lagi hubungan keselamatan antara A.S. dan Malaysia.
Bahasa