Kedutaan Kuala Lumpur anjur bengkel latihan guru Access di Langkawi, Kedah

Participants strike a pose with Cultural Affairs Officer, Michael Quinlan after the closing ceremony.
Peserta belajar permainan Activate dan menghasilkan mainan berpapan.

Sekolah Menengah Agama Rompin (SMAR) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Awam Kedutaan Amerika Syarikat telah menganjurkan bengkel Latihan Guru Access yang pertama di Malaysia dari 27 hingga 30 Ogos di Langkawi, Kedah. Bengkel latihan ini bertujuan melengkapkan guru baharu dan bakal guru Access dengan kaedah pengajaran semasa untuk kelas Access. Bengkel ini pada masa yang sama menghubungkan mereka dengan guru dari penyedia masa lalu untuk mempelajari amalan terbaik dan cabaran program. Bengkel empat hari itu diketuai oleh tiga penceramah dari SMAR, Farah Jasmine dari Kementerian Pelajaran, dan Pakar Bahasa Inggeris Khidar Abdullah.

Bengkel yang dihadiri oleh sembilan belas guru dan pendidik dari Semenanjung Malaysia ini menyediakan maklumat penting mengenai program Access dan disampaikan oleh pegawai bahasa Inggeris serantau (RELO) Bangkok, Alice Murray.

Pegawai Bahasa Inggeris Serantau Bangkok, Alice Murray memberikan gambaran keseluruhan mengenai program Access kepada peserta.

Setiap peserta menerima satu pakej “Activate: Games” dan diajar cara bermain dan menghasilkan mainan berpapan dalam sesi yang diketuai oleh SMAR. Topik lain yang diketengahkan termasuk sesi mengenai pembelajaran Bahasa Inggeris Voice of America di bilik darjah abad ke-21, permainan tatabahasa, pentaksiran lawan penilaian, dan keperluan pembelajaran bersama.

Keseluruhannya, para guru sangat berpuas hati dengan bengkel ini dan menyatakan minat mereka untuk menghadiri bengkel lanjutan dan susulan untuk berkongsi pengalaman mereka tentang pelaksanaan teknik pengajaran yang diperoleh daripada program ini.