Felo Bahasa Inggeris Rose Graves mengetuai aktiviti Bahasa Inggeris untuk pelajar Access di Rompin, Pahang

Felo Bahasa Inggeris Rose Graves mengadakan aktiviti selama dua hari di SMA Rompin di Pahang, Malaysia dari 29 hingga 30 Ogos. Beliau mengadakan sesi interaktif untuk 40 pelajar menggunakan bahan daripada laman web Jabatan Negara Amerika Syarikat yang menumpu kepada ekspresi bahasa Amerika dan menghayati nilai budaya melalui peribahasa. Felo tersebut menjelaskan dengan cara interaktif kepada kira-kira 400 pelajar mengenai sejarah dan budaya Amerika, termasuk mengadakan kuiz tentang negeri asalnya di California. Felo Bahasa Inggeris ini juga menyokong aktiviti “Hari Terbuka Access” yang dianjurkan guru dan pelajar Access. Tema untuk acara ini merangkumi sejarah dan budaya pada kemerdekaan Malaysia dan Amerika. Rose turut mengambil peluang untuk berkongsi maklumat mengenai tradisi sambutan 4 Julai di Amerika Syarikat. Program ini juga dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti kuiz tentang Malaysia dan Sejarah A.S., pertandingan mengeja dan banyak lagi.

Pada hari terakhir program, pelajar-pelajar Access melakukan Jazz Chant berdasarkan cerita Little Red Riding Hood diikuti dengan persembahan video aktiviti sepanjang “Hari Terbuka Access”. Program dua hari itu dihadiri Pegawai Hal Ehwal Kebudayaan Michael Quinlan bersama-sama dengan tetamu dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), pegawai Kementerian Pendidikan dan guru-guru dari sekolah berhampiran.