Usaha pembinaan kapasiti di Sabah oleh Zoo Nasional Smithsonian

Kedutaan A.S. di Kuala Lumpur menaja lawatan penyelidikan ke Sabah oleh tiga pakar gajah dari Institusi Smithsonian Washington DC. Pakar penyelidikan gajah Erin Latimer, Kurator Kanan Bryan Amaral dan Doktor Veterinar Dr. James Steeil melawat Jabatan Hidupan Liar Sabah di Lok Kawi dan Sepilok dari 31 Julai-5 Ogos. Matlamat mereka adalah untuk meningkatkan keupayaan untuk mendiagnosis EEHV (Elephant Endotheliotropic Herpesvirus) dalam populasi anak gajah Borneo semasa dan akan datang yang kematian ibu bapa mereka serta menilai populasi gajah semasa dan memberi nasihat tentang rawatan, penternakan dan latihan. Tiga anak gajah Borneo mati disebabkan EEHV pada 2016 di Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok.