Sudut Lincoln Johor Mempromosi Pendidikan dan eLibraryUSA

A group photo of students participating in the seminar. (U.S. Embassy photo)

Pada 27 Julai, 63 pelajar sekolah menengah dan universiti dari Johor Bahru telah menyertai satu seminar bertajuk “Universiti dan Sistem Pendidikan A.S.” yang diadakan di Sudut Lincoln Johor.  Seminar interaktif dan menyeronokkan  yang diketuai oleh penasihat EducationUSA dari Suruhanjaya Malaysia Amerika bagi Pertukaran Pendidikan (MACEE), mengetengahkan beberapa aspek pendidikan tinggi yang boleh diikuti oleh para pelajar di Amerika Syarikat.  Sesi soal jawab yang rancak  meliputi topik kemasyarakatan, kehidupan, dan kebudayaan A.S. turut diadakan.

Seminar ini disusuli oleh segmen yang dipimpin oleh Pustakawan Sudut Lincoln tentang eLibrary iaitu pangkalan data Jabatan Negara Amerika Syarikat.  Sesi ini memberi tumpuan kepada penyelidikan pelbagai maklumat tentang masyarakat, nilai-nilai murni, universiti dan kolej di Amerika Syarikat. Maklumat mengenai topik lain juga boleh dilayari melalui penggunaan jurnal ulasan yang sahih dan boleh dipercayai, serta sumber lain yang terkandung di dalam pangkalan data.