Pameran Universiti EducationUSA 2017

EducationUSA University Fair 2017

EducationUSA Malaysia baru-baru ini menganjurkan dua pameran pendidikan Amerika Syarikat di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur pada 18 dan 19 Februari.  Pameran ini merupakan pameran pendidikan A.S. terbesar yang dianjurkan oleh EducationUSA Malaysia setakat ini.  Sebanyak 53 universiti Amerika mengambil bahagian di Kuala Lumpur sementara 32 di Pulau Pinang.

Lebih 1,200 pengunjung hadir di pameran Pulau Pinang dan Kuala Lumpur serta berjumpa dengan wakil daripada pelbagai institusi pendidikan A.S. yang berbeza seperti kolej awam, swasta dan seni liberal.  Pelajar dan ibu bapa juga berpeluang untuk menghadiri beberapa sesi ceramah sepanjang pameran tentang sistem pendidikan Amerika Syarikat dan proses permohonan masuk.  Pegawai konsular dari Kedutaan menyampaikan maklumat mengenai proses permohonan visa pelajar.

Wakil dari universiti berkata mereka berpuas hati dengan kualiti pelajar yang datang dan mendapati pelajar yang menunjukkan minat mendalam untuk belajar di Amerika Syarikat datang dari latar belakang pendidikan yang berbeza.  Sesetengah universiti yang mengambil bahagian juga menerima permohonan lengkap daripada pelajar.