Pameran Pendidikan A.S. di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur

Ambassador Lakhdhir talking to a family about studying in the U.S. at the EducationUSA Fair in KL.

EducationUSA Malaysia pada 28 Februari dan 4 Mac menganjurkan dua pameran universiti di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kedua-dua pameran itu adalah sebahagian daripada Siri Pameran EducationUSA Asia Tenggara yang lebih besar yang dijadualkan berlangsung hingga pertengahan Mac di rantau ASEAN. Di Pulau Pinang, 28 universiti menyertai pameran ini.

Orang ramai berbaris untuk mendaftar bagi menyertai pameran.

Pegawai Hal Ehwal Awam dari Kedutaan A.S. Bradley Hurst memberi ucapan pembukaan dan menggalakkan orang ramai untuk meneroka pelbagai pilihan akademik yang ada. Di Kuala Lumpur, 49 institusi pengajian tinggi menyertai pameran itu, dan Duta Besar A.S. ke Malaysia Kamala Shirin Lakhdhir berucap pada majlis perasmian. Dalam ucapannya, Duta Besar Lakhdhir menyentuh tentang kepelbagaian pilihan dalam sistem pendidikan tinggi A.S.

“Ada sesuatu untuk semua orang, dan anda tidak memasuki institusi-institusi yang ada melalui satu-satu struktur ujian sahaja … Ini bermakna anda mempunyai kuasa untuk memilih apa yang anda mahukan. Anda mempunyai kuasa untuk meneroka pilihan yang berbeza. ”

Seorang wakil universiti menerangkan fleksibiliti dalam pilihan akademik universiti A.S.

Selain mengendalikan ruang pameran masing-masing, wakil universiti turut memberi ceramah berhubung tajuk-tajuk spesifik seperti pemilihan sekolah pengajian, pengalaman di kolej komuniti serta sumber kewangan untuk pelajar antarabangsa. Wakil Kedutaan A.S. turut terlibat dalam kedua-dua pameran yang diadakan untuk memberi penerangan mengenai proses permohonan visa pelajar. Sepanjang pameran itu, orang ramai mendapat maklumat berkualiti daripada wakil universiti mengenai proses permohonan dan pengalaman belajar. Secara keseluruhannya, pameran berjaya mempromosikan kepelbagaian dalam pendidikan tinggi A.S.