EducationUSA Malaysia anjur bengkel “Best 4 Me: 4 Ways to Study in the U.S.”

Pada 8 Mei, EducationUSA Malaysia telah menganjurkan bengkel awam yang bertajuk “Best 4 Me: 4 Ways to Study in the U.S.” Acara itu diadakan di Suruhanjaya Malaysia-Amerika bagi Pertukaran Pendidikan (MACEE) dan menampilkan alumni universiti A.S. sebagai penceramah panel. Alumni Bryan Guan, Wong Yi Jet, dan John Lin berkongsi pengalaman mereka memasuki universiti A.S. melalui A-Level, program Ijazah Amerika dan kolej komuniti. Dalam panel kedua “So What’s It Like?,” alumni Zaim Salimun, SinSeanne Ng, dan Nick Khaw bercakap mengenai kenangan indah mereka sebagai pelajar universiti awam, kolej seni liberal wanita, dan universiti swasta. Mereka menggalakkan pelajar menggunakan sepenuhnya peluang yang ada di kampus dan menjalani kehidupan yang seimbang di antara bidang akademik dan kurikulum tambahan. Peserta bengkel mendengar dengan penuh minat kepada alumni yang berkongsi pengalaman mereka dan bertanya soalan dengan penuh semangat pada akhir bengkel. Acara ini berjaya dalam menonjolkan kekuatan dan kepelbagaian pendidikan tinggi A.S.

Mereka menggalakkan pelajar menggunakan sepenuhnya peluang yang ada di kampus dan menjalani kehidupan yang seimbang di antara bidang akademik dan kurikulum tambahan.