Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI)

Untuk memupuk rangkaian serantau dan mengukuhkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan belia ASEAN, kerajaan Amerika Syarikat dengan sukacita mempelawa belia Malaysia yang berumur di antara 18-35 tahun mendaftar sebagai ahli dan menjadi sebahagian daripada Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI). Untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan, sila layari laman web YSEALI di: http://yseali.state.gov/.

Apakah YSEALI?

Dilancarkan pada 2013, Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) terdiri daripada pemimpin muda pintar berumur 18-35 tahun dari Brunei, Kemboja, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Laos, Singapura, Thailand, dan Vietnam.  Pemimpin muda ini mempunyai idea inovatif untuk menangani apa yang mereka kenal pasti sebagai cabaran terbesar generasi mereka di rantau ASEAN:

  • pembangunan ekonomi
  • perlindungan alam sekitar
  • pendidikan
  • penglibatan sivik

Kenapa YSEALI?

Amerika Syarikat berasa bangga dapat menyokong Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara kerana kami percaya bahawa golongan muda memainkan peranan penting dalam merancang perjalanan masa depan Asia Tenggara.  Kira-kira 65% daripada penduduk di rantau ASEAN berada di bawah umur 35 tahun.  Belia mempunyai sifat inovatif, kreatif, dan bersemangat serta dapat menyumbang idea dan tenaga untuk meningkatkan bukan sahaja kehidupan mereka sendiri, tetapi kehidupan orang lain dalam komuniti mereka.  Bersama-sama, kita boleh membuat perbezaan.

Felo YSEALI

Program Felo YSEALI membawa pemimpin yang meningkat naik dalam bidang yang disebut di atas dari Brunei, Myanmar, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam (negara anggota ASEAN) ke Amerika Syarikat untuk program intensif empat minggu yang direka untuk menyediakan pemimpin muda dengan pemahaman lebih mendalam tentang Amerika Syarikat disamping meningkatkan kemahiran kepimpinan dan kepakaran profesional mereka.

Terdapat dua jenis Felo YSEALI. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut!

Bengkel Serantau YSEALI

Bengkel Serantau Generasi YSEALI bertujuan memupuk satu rangkaian serantau belia ASEAN untuk bekerjasama dalam menyelesaikan cabaran bersama dan membangunkan peluang baru.  Sejak 2013, lebih 500 pemimpin yang meningkat naik telah mendapat manfaat daripada bengkel profesional ini yang memberi tumpuan kepada latihan amali, kemahiran keusahawanan, pembangunan tenaga kerja, kajian alam sekitar, kepimpinan wanita, dan kemahiran kepimpinan yang perlu untuk memberi kesan positif dalam komuniti mereka.

Geran Seeds of the Future YSEALI

Geran Seeds for the Future YSEALI menyokong idea paling berpotensi dan inovatif daripada pemimpin muda Asia Tenggara untuk penglibatan sivik, pendidikan, keusahawanan dan pembangunan ekonomi, serta pengurusan alam sekitar dan sumber asli.  Pertandingan untuk geran yang hebat ini membantu menemukan pemimpin keusahawanan yang meningkat naik dengan rakan mereka di negara Asia Tenggara dan menggalakkan mereka untuk bekerja bersama-sama untuk menyelesaikan cabaran serantau dengan kerjasama Amerika Syarikat.  Pertandingan ini memberi pembiayaan sehingga US$20,000 untuk pemimpin muda paling berpotensi di rantau ini untuk melaksanakan projek yang meningkatkan taraf hidup masyarakat, negara dan rantau mereka.