Kajian Institut A.S. (SUSI)

Kajian Institut A.S. (SUSI) menggalakkan pemahaman yang lebih baik tentang rakyat, institusi, dan budaya Amerika Syarikat dalam kalangan pelajar, guru, dan sarjana asing.  SUSI membawa kumpulan pemimpin mahasiswa, pendidik, dan sarjana dari seluruh dunia ke Institusi Akademik A.S. selama 5 hingga 6 minggu untuk tinggal dan belajar secara intensif termasuk lawatan sambil belajar yang bersepadu.  Kurikulum aktiviti kebudayaan dan masyarakat membantu untuk meluaskan pemahaman peserta tentang masyarakat A.S.

Program SUSI untuk Sarjana adalah program akademik peringkat lepasan ijazah yang intensif untuk ahli fakulti universiti luar negara dan sarjana lain untuk mengukuhkan kurikulum dan meningkatkan kualiti pembelajaran mengenai Amerika Syarikat di institusi akademik luar negara.  Sebanyak enam institut akan ditawarkan dalam tema Pengajian A.S. berikut: Sastera Amerika Kontemporari, Kewartawanan dan Media, Pluralisme Agama di Amerika Syarikat, Kebudayaan dan Masyarakat, Dasar Luar, dan Pemikiran Politik A.S.

Program SUSI untuk Pendidik Sekolah Menengah adalah program akademik peringkat lepasan ijazah yang intensif untuk pendidik sekolah menengah khusus untuk mengukuhkan kurikulum dan meningkatkan kualiti pembelajaran tentang Amerika Syarikat di sekolah menengah dan institusi akademik yang lain di luar negara. Tiga Institut untuk Pendidik Sekolah Menengah akan ditawarkan, dua yang memberi tumpuan kepada guru dalam kelas dan yang yang ketiga dengan memberi tumpuan antara lainnya kepada pentadbir, pelatih guru, pembangun kurikulum, penulis buku teks, dan pegawai kementerian pendidikan.

Sila hantarkan sebarang pertanyaan kepada KLPAExchanges@state.gov