Peluang Program Pertukaran

Bahagian Hal Ehwal Kebudayaan di Pejabat Hal Ehwal Awam Kedutaan Amerika Syarikat bekerja dengan rapat dengan bahagian lain di Kedutaan A.S., serta pelbagai organisasi awam dan swasta di Malaysia untuk menggalakkan pemahaman yang lebih meluas tentang Amerika Syarikat dan hubungannya dengan Malaysia melalui program pertukaran pendidikan.

Berikut adalah peluang program pertukaran lain yang dipermudah atau diurus oleh Kedutaan A.S. di Kuala Lumpur yang direka untuk menggalakkan pemahaman yang lebih mendalam tentang Amerika Syarikat kepada audiens global dan sebaliknya.

Untuk maklumat lanjut mengenai program tertentu, sila hubungi kami. Maklumat hubungan boleh didapati di sebelah kanan halaman ini.

  • Program Kepimpinan Pelawat Antarabangsa (IVLP)
    Program IVLP adalah program pertukaran profesional perdana Kerajaan A.S. yang menyediakan pengetahuan langsung tentang masyarakat, budaya, dan politik Amerika Syarikat, di samping memupuk hubungan yang berkekalan.
  • Program Pertukaran Fulbright
    Program Fulbright ditubuhkan di Amerika Syarikat pada 1946 bertujuan untuk mengukuhkan persefahaman dan komunikasi di antara Amerika Syarikat dan negara lain dengan membiayai pelbagai pertukaran pendidikan.
  • Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI)
    Untuk memupuk rangkaian serantau dan mengukuhkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan belia ASEAN, kerajaan Amerika Syarikat dengan sukacita mempelawa belia Malaysia yang berumur di antara 18-35 tahun untuk mendaftar sebagai ahli dan menjadi sebahagian daripada Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI).
  • Program Pertukaran dan Pembelajaran Belia (YES) Kennedy Lugar
    Program YES ditubuhkan pada Oktober 2002, dan menyediakan biasiswa untuk pelajar sekolah menengah dari negara yang mempunyai ramai penduduk Islam untuk belajar selama satu tahun akademik di Amerika Syarikat.
  • Program Kepimpinan Belia Asia Tenggara (SEAYLP)
    Program Kepimpinan Belia direka bentuk untuk memajukan persefahaman antara rakyat Amerika Syarikat dan negara lain serta menggalakkan kepimpinan yang berkualiti tinggi, tanggungjawab sivik, dan penglibatan masyarakat dalam kalangan pemimpin masa depan negara.
  • Pengajian Institut A.S. (SUSI)
    Pengajian Institut A.S. (SUSI) membawa kumpulan pemimpin mahasiswa, pendidik, dan sarjana dari seluruh dunia ke Institusi Akademik A.S. selama 5 hingga 6 minggu dalam program residensi akademik intensif dan lawatan sambil belajar yang bersepadu.
  • Program Pertukaran Lain

For more information on any particular program, please contact us at klpaexchanges@state.gov