Program Kebudayaan

Pejabat Hal Ehwal Kebudayaan di Bahagian Perhubungan Awam Kedutaan Amerika Syarikat bekerjasama dengan pelbagai organisasi awam dan swasta Malaysia untuk menggalakkan pemahaman yang lebih luas mengenai Amerika Syarikat dan hubungannya dengan Malaysia melalui pelbagai program kebudayaan.

Kedutaan Amerika Syarikat membawa penceramah dari Amerika untuk berbicara mengenai topik-topik dan isu-isu demi kepentingan bersama di Malaysia.  Di antara topiknya adalah tentang Dasar Luar Negara AS, Dasar Ekonomi AS, Pencegahan Keganasan, Demokrasi dan Hak Asasi Manusia, Perubahan Iklim Global, dan Masyarakat dan Nilai Budaya. Persidangan video juga boleh diatur antara penceramah dengan peserta di Malaysia.  Pegawai kedutaan juga sedia untuk berucap di institusi-institusi di Malaysia.

Dari semasa ke semasa, Kedutaan Amerika Syarikat membawa artis untuk menghiburkan penonton di Malaysia.  Di antara program ini adalah pemuzik jaz, string kuartet, tari dan kumpulan band dari Tentera Udara dan Tentera Laut AS.

Diasaskan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat pada tahun 1964, Program Seni Lukisan di Kedutaan adalah muzium sejagat yang mempamerkan karya seni lukisan asli oleh warga AS di ruang awam di lebih kurang 180 tempat tinggal pegawai diplomatik Amerika di seluruh dunia.  Untuk mengetahui lebih lanjut, klik di sini.

Dana Duta untuk Pelestarian Budaya (AFCP) adalah satu-satunya program Kerajaan AS yang memberikan sokongan langsung dalam bentuk geran kecil untuk pemuliharaan warisan budaya di negara-negara membangun.  Program ini diperkenalkan oleh Kongres AS pada tahun 2001 dengan AS$1 juta, dan kini telah membantu 437 projek di seluruh dunia, dengan jumlah lebih daripada AS$11 juta.  Untuk mengetahui lebih lanjut, klik laman web Jabatan Negara AFCP berkenaan AFCP.