Duta Besar ke Langkawi untuk LIMA 2017

Ambassador Lakhdhir met with the Deputy Prime Minister and Minister of Defense while at #LIMA17. (U.S. Embassy photo)

Duta Besar Kamala Shirin Lakhdhir melawat Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) pada 20 hingga 22 Mac 2017. Semasa di Langkawi beliau melawat beberapa syarikat A.S. yang mempunyai ruang pameran di Pavilion A.S., termasuk Boeing, Lockheed Martin, MD Helicopters, Honeywell Aerospace, General Atomics Aeronautical Systems, L3 Wescam, dan FLIR Systems.

Duta Besar Lakhdhir juga melawat pesawat Tentera Laut and Udara A.S. yang dipamerkan. Tentera Laut A.S. membawa lima pesawat, termasuk dua F/A-18 Super Hornets dan sebuah P-8, dan juga Kapal Tempur Pesisir Pantai. Tentera Udara A.S. membawa dua kapal terbang, termasuk sebuah Lancer B-1B.

Semasa berada di Langkawi, Duta Besar Lakhdhir juga bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Album foto ini menyorot detik daripada lawatan beliau.