Duta Besar Lakhdhir Melawat Sabah

Ambassador Lakhdhir feeding pygmy elephants at the Sepilok Orangutan Rehabilitation Center. (U.S. Embassy photo)

Duta Besar Lakhdhir melaku lawatan rasmi pertama beliau ke Sabah pada 1-5 April 2017. Beliau telah melawat Pusat Pemuliharaan Orangutan Sepilok, Pusat Pemuliharaan Beruang Madu Borneo, Pusat Penemuan Hutan Hujan dan Pusat Lapangan Danau Girang di Sandakan. Di Kota Kinabalu, Duta Besar bertemu dengan Menteri Luar Dato’ Sri Anifah Aman, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, dan Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun. Lawatan beliau mengukuhkan hubungan rapat dengan kerajaan negeri Sabah dan rakyat Sabah. Ia juga menekankan kerjasama Kedutaan A.S. dengan rakan kongsi tempatan dalam pemuliharaan hidupan liar dan perlindungan alam sekitar di Sabah.

Duta Besar Lakhdhir juga melawat Yayasan Sabah; Makmal Kesihatan, Genetik dan Forensik Jabatan Hidupan Liar Sabah; dan memberikan ceramah mengenai hubungan dua hala di UiTM. Selain itu beliau memanjat Gunung Kinabalu dan mengambil bahagian dalam program pendidikan alam sekitar di taman marin Tunku Abdul Rahman.