Duta Besar Yun Sertai Profesor Stanford dalam Panel Perbincangan Dasar Luar A.S.

Duta Besar Yun (kiri) di Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) (Foto Kedutaan A.S.)
Duta Besar Yun (kiri) di Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) (Foto Kedutaan A.S.)

Satu perbincangan meja bulat telah diadakan di Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) pada 10 Disember 2015.  Ahli panel termasuk Profesor Gi-Wook Shin dari Institut Kajian Antarabangsa Freeman Spogli Universiti Stanford dan Profesor Emeritus Donald K. Emmerson dari Universiti Stanford yang bercakap tentang dasar luar Amerika Syarikat dalam membentuk dinamik geopolitik di Asia Timur.  Duta Besar Joseph Y. Yun membuka sesi dengan menekankan kepentingan yang diberikan oleh kerajaan Amerika Syarikat terhadap Asia Timur dan kepentingan dasar “Perseimbangan Semula ke arah Asia” dalam Pentadbiran Obama.  Profesor Emmerson dan Shin berkata Amerika Syarikat menekankan pengurusan hubungan kerjasama dengan China sebagai rakan kongsi di pentas dunia, sambil meneruskan penglibatannya dalam mekanisme serantau pelbagai hala dan membangunkan dan memperkukuh hubungan perdagangan melalui Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).  Pengerusi ASLI Tan Sri Ramon Navaratnam menjadi moderator perbincangan.