Duta Besar Yun Melawat Sekolah ETA di Kuching

Photo of Ambassador Yun visiting a classroom
Duta Besar Yun dan Puan Yun melawat bilik darjah ETA Alexandra Mills bersama dengan Pengetua SMK Bandar Samariang Abang Othman bin Masagus dan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak Datu Abdillah Bin Adam. (Foto Kedutaan A.S.)

Pada 5 Februari 2014, Duta Besar A.S. Joseph Yun dan isteri Dr. Melanie Billings-Yun melawat Sekolah Menengah Bandar Samariang Kuching di mana ETA Alexandra Mills ditempatkan.  Duta Besar Yun dan isterinya menerima sambutan hangat daripada pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Kuching termasuk Pengarah Pelajaran Negeri Kuching, Pengetua SMK Bandar Samariang, pegawai sekolah, dan para pelajar yang membuat persembahan tarian kebudayaan.  Duta Besar Yun memerhatikan Alexandra semasa Pelajaran Bahasa Inggeris bersama pelajar Tingkatan Empat pada hari keduanya di sekolah.

Photo of Ambassador Yun shaking hands with a man
AMB Yun presents books to SMK Bandar Samariang Principal Mr. Abang Othman bin Masagus. (U.S. Embassy photo)

Dalam ucapannya, Duta Besar Yun mengucapkan terima kasih kepada wakil pendidikan negeri dan sekolah atas sokongan dan kerjasama kuat mereka terhadap program Fulbright ETA dan untuk layanan dan perhatian peribadi yang mereka berikan kepada semua ETA.  Beliau berkata ini kali pertama mereka mempunyai belia Amerika untuk mengajar Bahasa Inggeris di Sarawak sejak Peace Corps meninggalkan Malaysia pada tahun 1983.  Beliau juga menyebut bahawa beliau berada dalam pertemuan dengan Presiden Obama dan Perdana Menteri Najib apabila mereka bercakap mengenai membina hubungan yang lebih baik di antara rakyat dengan rakyat.  Pengetua sekolah dalam ucapannya menyebut bahawa lawatan Duta Besar Yun telah mencipta sejarah di sekolah dan memastikan bahawa sekolah akan memberi sokongan penuh kepada Alexandra untuk membawa kesan yang lebih besar.