
Duta Besar Yun baru-baru ini melawat Kampus Pauh, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), dan bercakap mengenai hubungan Malaysia-A.S. kepada pelajar, ahli fakulti dan orang kenamaan tempatan. Beliau membincangkan tentang bidang kerjasama dua hala, termasuk pendidikan, keselamatan, perdagangan, dan alam sekitar. Duta Besar berkata beberapa tahun kebelakangan ini, kedua-dua negara menyaksikan peningkatan dalam kerjasama di semua peringkat, termasuk kerjasama antara rakyat. Beliau menyebut Perkongsian Trans-Pasifik sebagai satu pencapaian penting yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara. Semua ini berlaku dalam konteks dasar ‘imbangan semula Asia Pasifik’ oleh Pentadbiran Obama. Sepanjang lawatannya ke UniMAP, Duta Besar Yun juga dijemput untuk bercakap dalam rancangan radio kampus yang distrim secara dalam talian untuk berkongsi pandangan beliau mengenai pendidikan.