Duta Besar Yun Lawat Platform Minyak Tapis ExxonMobil

Photo of Ambassador Yun in a helicopter
Duta Besar Yun di atas helikopter menuju ke platform Tapis R. (Foto ihsan daripada ExxonMobil Malaysia)

Pada 29 Oktober, Duta Besar Joseph Yun melawat platform minyak luar pesisir Tapis R yang baru dipasang, di luar pantai Terengganu.  ExxonMobil dan rakan kongsi usaha samanya, Petronas melabur $2.5 bilion untuk projek itu, yang bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran minyak dari lapangan Tapis yang matang dengan menggunakan teknologi suntikan air dan gas.  Duta Besar Yun melawat platform itu, yang mula beroperasi pada bulan September, bersama Pengerusi Subsidiari ExxonMobil di Malaysia, Encik See Kok Yew, dan pegawai-pegawai syarikat.

Sebelum itu, Duta Besar Yun juga telah melawat Taman Tema Bahasa Inggeris yang disokong oleh ExxonMobil di Kuala Terengganu.

Photo of men on a bridge
Presiden dan Pengerusi Subsidiari ExxonMobile See Kok Yew (kiri) bersama Duta Besar Yun di atas platform Tapis R. (Foto Ihsan daripada ExxonMobil Malaysia)