Duta Besar Yun Lawat Kelantan dan Umum Bantuan Baru A.S. untuk Banjir

Photo of Ambassador Yun meeting with a family
Duta Besar Yun bertemu dengan sebuah keluarga tujuh orang yang sekarang tinggal di dalam khemah sementara. (Foto Kedutaan A.S.)

Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Joseph Y. Yun melawat Kelantan pada 15 Januari 2015 dan bertemu dengan pegawai kerajaan Malaysia untuk membincangkan bantuan pemulihan banjir.  Semasa di Kota Bharu, Duta Besar Yun bertemu dengan Putera Mahkota Kelantan dan Menteri Besar Kelantan untuk menyampaikan ucapan takziah, mendapat maklumat tentang keadaan semasa, dan membincangkan bantuan jangka pendek dan panjang A.S.  Beliau juga melawat kem Mercy Malaysia di Machang dan pergi ke kawasan yang dilanda banjir.

Semasa di Kelantan, Duta Besar mengumumkan RM2.5 juta bantuan kemanusiaan tambahan A.S. untuk membantu program pemulihan banjir di pantai timur Malaysia.  Bantuan yang baru akan disampaikan dalam bentuk bahan, program, dan bantuan teknikal dan akan membantu penduduk di kawasan yang terlibat untuk pulih daripada bencana dan membina semula kehidupan mereka.