Duta Besar Yun Berdialog dengan Pemimpin Islam Berpengaruh

Photo of the group posing
Duta Besar Yun, pegawai kedutaan dan pemimpin Islam sebelum dialog. (Foto Kedutaan A.S.)

Pada 26 Jun, Duta Besar Joseph Yun telah menjemput pemimpin terkemuka masyarakat Islam Malaysia datang ke kediamannya untuk perbincangan tentang isu-isu semasa dalam negara dan hal ehwal luar negara.  Para peserta termasuk pemimpin keagamaan, ketua NGO, dan mereka yang aktif dalam pertubuhan sivil Islam.  Duta Besar Yun menafikan banyak salah faham tentang Amerika Syarikat dan dasarnya, termasuk kisah yang menggambarkan Amerika Syarikat sebagai anti-Islam.  Para peserta bercakap kepada Duta Besar mengenai Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik; membincangkan keadaan semasa di Iraq; dan cara Kedutaan Amerika Syarikat boleh menguatkan hubungannya dengan masyarakat Islam.  Duta Besar mencadangkan untuk bertemu secara kerap dengan kumpulan ini untuk mendalami perbincangan dan memberi maklum balas terhadap isu-isu baru yang timbul.