Duta Besar Joseph Yun Melawat Sabah

Photo of the Ambassador hiking
Duta Besar Yun dan isteri, Dr. Melanie Billings-Yun mendaki laluan Inobong di Taman Banjaran Crocker, Penampang, Sabah, November 2014. (Foto Kedutaan A.S.)

Duta Besar Yun baru-baru ini melawat Kota Kinabalu, Sabah, untuk menghadiri sambutan Centennial Jabatan Perhutanan Sabah dan Persidangan Heart of Borneo.  Semasa di Kota Kinabalu, Duta Besar bertemu dengan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah Datuk Masidi Manjun, Datuk Bandar Kota Kinabalu Abidin Madingkir, dan ahli-ahli Jawatankuasa Pemandu Bandar Berkembar Kota Kinabalu-Portland untuk membincangkan pelbagai projek kerjasama di bawah inisiatif Bandar Berkembar Kota Kinabalu-Portland.  Di samping itu, Duta Besar melawat Muzium Negeri Sabah dan bertemu dengan pegawai-pegawai dari Universiti Malaysia Sabah.  Sebagai seorang pencinta alam semula jadi, Duta Besar juga sempat mendaki Taman Negara Banjaran Crocker dan Taman Negara Gunung Kinabalu.