Duta Besar Joseph Yun Melawat Pulau Pinang

Photo of Ambassador Yun
Duta Besar Joseph Yun menyampaikan ucapannya pada Dialog Amcham Pulau Pinang, 8 Disember 2014. (Foto Kedutaan A.S.)

Duta Besar Joseph Yun berkunjung ke Pulau Pinang untuk Dialog Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (Amcham) Pulau Pinang awal minggu ini.  Beliau bertemu dengan wakil-wakil syarikat A.S. dan pemimpin kerajaan Pulau Pinang untuk membincangkan pelbagai peristiwa yang berlaku di Malaysia sepanjang tahun lepas, termasuk lawatan bersejarah Presiden Obama.  Duta Besar Yun juga menggariskan aktiviti-aktiviti yang akan berlaku sepanjang tempoh Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada tahun 2015.  Beliau juga telah melawat beberapa kilang canggih A.S. di kawasan itu, termasuk Bose, Motorola, dan Plexus.

Untuk melihat lebih banyak gambar daripada lawatan Duta Besar Yun ke Pulau Pinang, layari laman Facebook kami.