Pada 16 Februari 2016, Duta Besar Amerika Syarikat Joseph Yun bertemu dengan 25 usahawan muda yang akan berlepas ke Lembah Silikon pada 21-26 Februari 2016 sebagai sebahagian daripada program sulung Yayasan Malaysia-Amerika (MAF).
Kumpulan ini terdiri daripada usahawan dan ketua syarikat utama Malaysia, termasuk Sunway Group, dan Touch ’n Go. Sebagai sebahagian daripada program mereka di Lembah Silikon, mereka akan melawat Facebook, Uber, Khazanah, dan syarikat lain. Mereka juga akan menghadiri persidangan Global Start Up Grind yang menampilkan gerai pameran dan MAF sebagai Penaja Emas. Seorang wartawan dari Bloomberg Malaysia juga mengiringi delegasi dalam perjalanan ini.
Semasa sesi tidak formal, Duta Besar Yun menekankan kepentingan hubungan antara rakyat dan ekonomi di antara Amerika Syarikat dan Malaysia, dengan memetik penandatanganan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik, yang juga melibatkan Amerika Syarikat dan Malaysia.