Donnelly Bercerita Tentang Perang Vietnam di Universiti Malaya

Photo of the participants
Donnelly bersama sebahagian daripada para peserta. (Foto Kedutaan A.S.)

Pada 14 Mei, Pakar Pengurusan Pejabat Bahagian Ekonomi James Donnelly telah menyampaikan seminar mengenai “Penglibatan Amerika Syarikat di Vietnam,” kepada 25 mahasiswa yang mengambil kelas sejarah moden di Universiti Malaya.  Pelajar-pelajar mendengar, buat kali pertama, perspektif Amerika tentang perang Vietnam, pandangan masyarakat AS yang berbelah bahagi tentang memerangi komunis di Vietnam dengan mengorbankan nyawa dan sumber kewangan yang besar, dan implikasinya, teori domino, serta keselamatan dan kestabilan di rantau tersebut.  Donnelly juga menegaskan bahawa ia adalah sukar untuk melihat moral dalam peperangan, tetapi nasihat beliau kepada pelajar adalah untuk “berilmu pengetahuan, berusaha ke arah perdamaian, kesaksamaan, dan untuk mewujudkan dunia yang lebih baik untuk semua.”  Antara maklum balas positif yang diterima mengenai persembahan Donelly ini adalah ia, “jauh lebih baik daripada persembahan buku teks.”  Pengarah Pusat Sumber Lincoln Gerard George membuat kesimpulan seminar itu dengan memberi taklimat tentang Sudut Lincoln, koleksi, perkhidmatan dan program-program yang terbuka kepada mereka untuk perbincangan seterusnya bersama Kedutaan Amerika Syarikat.