Perjumpaan Timbalan Setiausaha Sullivan bersama Menteri Luar Negeri Malaysia Anifah Aman

KENYATAAN RASMI RINGKAS : Perjumpaan Timbalan Setiausaha Sullivan bersama Menteri Luar Negeri Malaysia Anifah Aman

26 Mac 2018
Kenyataan di bawah adalah oleh Jurucakap Heather Nauert:‎

Pada 26 Mac, Timbalan Setiausaha Negara John J. Sullivan bertemu dengan Menteri Luar Negeri Malaysia Anifah Aman di Washington, DC. Timbalan Setiausaha Sullivan dan Menteri Luar Negeri Anifah mengesahkan kepentingan Kerjasama Komprehensif A.S.-Malaysia dan berjanji untuk terus mengukuhkan hubungan diplomatik, ekonomi, dan keselamatan. Timbalan Setiausaha dan Menteri Luar Negeri juga membincangkan Laut China Selatan, termasuk memastikan kebebasan navigasi dan penerbangan, serta mempertahankan orde maritim berasaskan peraturan. Kedua-dua pemimpin juga berjanji untuk mengukuhkan kerjasama untuk menentang ancaman yang semakin meningkat daripada kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria.