Timbalan Ketua Perwakilan Dean Thompson menyokong Pameran Jualan Junior Achievement Young Enterprise 2018

Seorang pelajar menerangkan produknya kepada Thompson dan tetamu lain yang melawat gerai jualan. (Kedutaan A.S. Kuala Lumpur)

Pada 4 Ogos, Timbalan Ketua Perwakilan Dean Thompson menghadiri Pameran Jualan Junior Achievement Young Enterprise 2018, yang berlangsung di Paradigm Mall, Kelana Jaya. Sepuluh sekolah menengah di seluruh Malaysia mengambil bahagian dalam pameran jualan untuk mempamerkan dan menjual produk inovatif mereka setelah menjalani latihan dan bimbingan bulan dari Junior Achievement (JA) Malaysia dan penaja korporat.

Sepanjang program Young Enterprise selama enam bulan, pelajar belajar cara untuk membangunkan pelan perniagaan, membangunkan strategi jualan dan mengaturkan aktiviti pembangunan produk. Dalam ucapannya, Thompson memuji syarikat A.S. yang menyokong Junior Achievement dan mengucapkan tahniah kepada pelajar untuk melengkapkan program Young Enterprise. Stuart Dean, Pengerusi JA Malaysia dan YB Maria Chin Abdullah, Ahli Parlimen Petaling Jaya, turut menghadiri majlis tersebut.