An official website of the United States government
Official websites use .gov
A .gov website belongs to an official government organization in the United States.
Secure .gov websites use HTTPS
A lock (
) or https:// means you’ve safely connected to the .gov website. Share sensitive information only on official, secure websites.
Laporan Negara tentang Keganasan 2020 dikemukakan mengikut Tajuk 22 Kanun Amerika Syarikat, Seksyen 2656f (“Akta”), yang mewajibkan Jabatan Negara untuk menyediakan kepada Kongres laporan tahunan penuh dan lengkap tentang keganasan untuk negara dan kumpulan berkenaan yang memenuhi kriteria Akta.
Permalink: https://www.state.gov/reports/country-reports-on-terrorism-2020/malaysia/
16 Disember 2021
Tiada serangan pengganas di Malaysia pada tahun 2020, tetapi negara ini masih menjadi titik transit dan sedikit sebanyak sebuah negara destinasi untuk ahli kumpulan pengganas termasuk ISIS, Kumpulan Abu Sayyaf (KAS), al-Qa’ida, dan Jemaah Islamiyah. Individu yang dikaitkan dengan ISIS atau KAS merancang perjalanan ke selatan Filipina atau Timur Tengah menggunakan Malaysia sebagai titik transit. Malaysia memantau, menangkap, mengusir dan membicarakan penyokong kumpulan pengganas yang disyaki. Malaysia juga bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan negara lain untuk meningkatkan keselamatan sempadan di lapangan terbang dan di Laut Sulu, untuk menentang perekrutan pengganas, dan untuk menambah baik pendakwaan jenayah berkaitan keganasan.
Walaupun tiada serangan pengganas dilakukan pada tahun 2020, Malaysia masih menjadi titik transit bagi ahli kumpulan pengganas dan hab aktiviti penculikan untuk wang tebusan yang dilakukan oleh rangkaian pengganas. Pada 16 Januari, lima nelayan Indonesia telah diculik berdekatan pantai Lahad Datu di negeri Sabah oleh militan KAS, menurut laporan media.
Perundangan, Penguatkuasaan Undang-undang dan Keselamatan Sempadan: Kerajaan Malaysia tidak membuat sebarang perubahan pada undang-undang berkaitan keselamatannya, termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas), Akta Pencegahan Keganasan, dan Akta Hasutan, yang berada di bawah semakan kerajaan pada tahun 2019. Pertubuhan hak asasi manusia sekali lagi menyokong pemansuhan undang-undang ini, dengan menyatakan kebimbangan bahawa peruntukan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara adalah tidak selaras dengan undang-undang antarabangsa. Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah mengembalikan status “berjaga-jaga” untuk kawasan Timur Sabah, meningkatkan rondaan maritim, dan melanjutkan perintah berkurung untuk melindungi daripada penculikan. Pihak berkuasa melaporkan 40 cubaan penculikan yang digagalkan dalam Zon Keselamatan Timur Sabah antara tahun 2018 hingga 2020.
Unit Pencegahan Keganasan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) memainkan peranan peneraju penguatkuasaan undang-undang memerangi keganasan. Pegawai PDRM melaporkan penurunan ketara dalam tangkapan berkaitan pengganas, dengan mencatatkan tujuh tangkapan pada tahun 2020 berbanding 72 tangkapan pada tahun 2019. Pihak berkuasa menyatakan bahawa penutupan sempadan dan mengehadkan pergerakan dalam negara semasa pandemik COVID-19 mengehadkan transit rangkaian pengganas dan merupakan faktor penyumbang kepada penurunan. Mereka juga berpendapat bahawa perekrutan pengganas melalui platform dalam talian masih menjadi trend yang membimbangkan. Pada bulan Februari, pihak berkuasa melaporkan penahanan sekumpulan warganegara Malaysia kerana cuba menubuhkan sel yang dikaitkan dengan ISIS, Ansarullah At-Tauhid, dan merekrut melalui kumpulan sembang dalam talian.
Kementerian Dalam Negeri melaporkan kepulangan 16 rakyat Malaysia (12 dewasa dan 4 kanak-kanak) ke Malaysia dari Syria dan Iraq, dengan 8 orang dewasa menjalani hukuman jenayah. Mereka yang dibebaskan dimasukkan ke dalam program pemulihan yang diurus oleh kerajaan. Kerajaan Malaysia telah membenarkan rakyatnya pulang, dengan syarat mereka mematuhi pemeriksaan, penguatkuasaan dan program pemulihan yang dikendalikan oleh kerajaan. Malaysia dilaporkan telah bekerjasama dengan negara-negara lain untuk memudahkan penghantaran pulang, dan menganggarkan 56 pejuang pengganas dan keluarga mereka kekal tinggal di Timur Tengah. Malaysia mempunyai 10 pintu masuk yang disambungkan ke pangkalan data INTERPOL SLTD dan pangkalan data nominal, yang telah mempertingkatkan langkah saringan penumpang bagi pengembara antarabangsa yang masuk dan transit. Selain itu, Malaysia secara aktif menyumbang rekod SLTD kepada pangkalan data global INTERPOL secara automasi.
Malaysia adalah ahli FATF dan APG. FIU Malaysia adalah ahli Kumpulan Egmont. Pada bulan Januari, Malaysia telah menggubal dokumen dasar untuk bank pusatnya (Bank Negara Malaysia, atau BNM), iaitu Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Sekatan Kewangan Bersasar untuk Perniagaan dan Profesion Bukan Kewangan yang Ditentukan dan Institusi Kewangan Bukan Bank. Dokumen dasar ini menggantikan panduan terdahulu yang dikeluarkan kali terakhir pada tahun 2013. Pada bulan September, BNM menerbitkan garis panduan lanjut mengenai Pengesahan Identiti Pelanggan untuk Usaha Wajar dan Pemunyaan Benefisial Pelanggan sebagai tambahan kepada Dokumen Dasar. Secara keseluruhannya, panduan yang dikemas kini menyemak semula institusi pelapor berkenaan dengan keperluan AML/CTF dengan objektif “memastikan bidang berisiko lebih tinggi tertakluk kepada kawalan yang dipertingkatkan,” menurut BNM.
Pada tahun 2020 Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) Kementerian Luar Negeri menganjurkan webinar dan latihan maya yang tertumpu pada pencegahan keganasan (CT) dan pencegahan keganasan ektremisme (CVE). Usaha ini termasuk satu siri webinar dengan kerjasama Universiti Deakin di Australia dan Universiti Kebangsaan Singapura mengenai trend keganasan dalam era COVID-19 dan perbincangan berasingan untuk menangani peningkatan ucapan kebencian melalui platform dalam talian. SEARCCT juga menganjurkan perbincangan meja bulat dengan pertubuhan masyarakat sivil di Malaysia Timur untuk memahami faktor yang membawa kepada ekstremisme ganas di Sabah. SEARCCT bekerjasama dengan Pejabat Pencegahan Keganasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memudahkan program latihan mengenai teknik penyiasatan sumber terbuka untuk pegawai penguatkuasaan undang-undang.
Malaysia terus menyokong usaha memerangi keganasan dalam organisasi serantau dan pelbagai hala, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Forum Pencegahan Keganasan Global, ASEAN, ARF, ADMM, dan APEC. Kerajaan Malaysia menjadi tuan rumah mesyuarat Kumpulan Kerja Pencegahan Keganasan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik pada bulan Februari dan Oktober.
Please call: 03-2168-5000
Outside of Office Hours, contact: 03-2168-5000
Outside of Malaysia: 011-60-3-2168-5000
Emergency Contact – All Locations Dapatkan Amaran Perjalanan Penculikan Anak Ibu Bapa Antarabangsa Penahanan Warganegara A.S. Kematian Warganegara A.S. Mangsa Jenayah Bantuan Kewangan Kecemasan