Flag

An official website of the United States government

Pejabat-pejabat

Kedutaan terbahagi kepada beberapa bahagian (lihat di bawah) yang berada bawah Jabatan Negara. Di samping itu, beberapa agensi kerajaan A.S. yang lain mempunyai pejabat di Malaysia, dan merupakan sebahagian daripada komuniti besar Kedutaan.

Hal-Ehwal Awam

Pejabat Hal Ehwal Awam bertanggungjawab terhadap hubungan akhbar, khidmat sumber maklumat, dan program-program kebudayaan Kedutaan A.S. Pejabat Hal Ehwal Awam diketuai Kaunselor Hal Ehwal Awam dan dibantu oleh Atase Akhbar dan Atase Kebudayaan.

Pejabat Media mengendalikan segala hubungan antara Kedutaan Amerika Syarikat dan pihak media: Memberi maklum balas terhadap sebarang soalan daripada pihak media, menyediakan maklumat tentang dasar luar negara A.S. dan isu-isu semasa kepada pihak media, dan mengatur sesi temubual dengan para pegawai kerajaan A.S. serta mengadakan liputan media bagi acara-acara anjuran Kedutaan.

Bahagian Kebudayaan mengendalikan pelbagai program pertukaran pembangunan pendidikan dan profesional, termasuk Program Kepimpinan Pelawat Antarabangsa yang menghantar golongan profesional Malaysia pangkat pertengahan ke A.S. untuk bersuai kenal dengan rakan-rakan sejawat Amerika dan mengenali A.S. secara lebih dekat. Bahagian Kebudayaan juga mengendalikan Program Pidato A.S. yang mengundang pakar-pakar Amerika dari pelbagai bidang untuk memberi syarahan di universiti dan menyertai seminar, serta bertukar pendapat dengan audiens Malaysia.

Bahagian Kebudayaan juga menyokong aktiviti-aktiviti nasihat pendidikan dan pengurusan program anjuran Suruhanjaya Malaysia-Amerika bagi Pertukaran Pendidikan (MACEE) yang menjalankan pelbagai program pendidikan, termasuk Program Biasiswa Fulbright. MACEE juga menyediakan maklumat dan panduan tentang pendidikan di Amerika Syarikat.

Pejabat Media

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 03-2168 5000.

Pejabat Media mengendalikan segala perhubungan antara Kedutaan dan pihak media di Malaysia.

Pegawai Maklumat Kedutaan akan menjawab segala pertanyaan daripada pihak media dan menyediakan maklumat tentang dasar luar negara A.S. dan isu-isu semasa kepada pihak media. Pejabat Media juga akan menganjurkan acara-acara seperti persidangan akhbar, liputan media tentang acara-acara penting di Malaysia berkaitan Kerajaan Amerika Syarikat, dan sebarang permintaan untuk menemu ramah Duta Besar, kakitangan Kedutaan, dan para pegawai Kerajaan A.S. yang sedang berada dalam lawatan ke Malaysia.

Pejabat Media juga bekerjasama dengan kor media Malaysia dalam menguruskan lawatan ke A.S. oleh pihak media Malaysia bagi tujuan latihan dan pelaporan. Adakalanya, Pejabat Media akan membiayai sesi latihan kewartawanan dan menganjurkan lawatan syarahan oleh pakar media dan ahli professional lain ke tempat-tempat pengajian tinggi komunikasi di Malaysia.

Kenyataan Media Kedutaan A.S.

Hal-Ehwal Politik

Pejabat Hal-Ehwal Politik (POL) menyediakan khidmat sokongan dan nasihat dalam isu-isu politik kepada Duta Besar Amerika ke Malaysia. POL juga bertanggungjawab mengendalikan hubungan diplomasi di antara Amerika dan Malaysia dan melaporkan ke Washington hal-hal perkembangan politik di Malaysia. Pegawai-pegawainya akan bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia dalam menangani masalah hubungan kedua-dua negara dan menyelaraskan kedudukan Amerika dalam lain-lain hubungan seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Dengan itu, Pejabat Hal-Ehwal Politik adalah bertanggungjawab mewakili pandangan yang disuarakan oleh Kerajaan Amerika Syarikat terhadap Kerajaan Malaysia. Antara isu-isu yang disertai oleh POL ini adalah termasuk Bosnia, Forum Serantau ASEAN, Zon Larangan Senjata Nuklear Asia Tenggara, kerjasama ketenteraan, narkotik, pelarian dan hak asasi manusia.

Hal-Ehwal Ekonomi

Pejabat Hal-Ehwal Ekonomi bertanggungjawab menjaga hubungan diplomasi ekonomi antara Amerika Syarikat dan Malaysia, dan melaporkan semua isu pembangunan ekonomi dengan memberi penekanan kepada perniagaan yang diminati oleh Amerika Syarikat. Pejabat ini diketuai oleh Kaunselor Hal-Ehwal Ekonomi iaitu. Sila hubungi Pejabat Ekonomi untuk diajukan kepada pegawai yang berkenaan.

Bahagian Konsular

Hubungi Kami

Alamat Surat-Menyurat:
Kedutaan Amerika Syarikat Kuala Lumpur
Bahagian Konsular
376 Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur, Malaysia

Pertanyaan Tentang Visa Bukan-Imigran:
Telefon: 60-3-9212 6000
Emel: support-malaysia@ustraveldocs.com

Pertanyaan Tentang Visa Imigran (Termasuk visa K & V):
Faks: 60-3-2148-5801
Emel: kliv@state.gov

Pertanyaan Tentang Khidmat Warga Amerika
Telefon: 60-3-2168-5000
Faks: 60-3-2148-5801
Emel: klacs@state.gov

 

Bahagian Pengurusan

Bahagian ini diketuai oleh Kaunselor Hal Ehwal Pentadbiran dan meliputi pejabat-pejabat berikut yang bertanggungjawab memberi khidmat sokongan di Kedutaan:

  • Pejabat Pengurusan Kewangan Serantau (RBMO)
  • Pejabat Perkhidmatan Am (GSO), menyediakan perkhidmatan seperti kastam dan perkapalan, pembekalan, hartanah, dan sokongan kontrak.
  • Sumber Manusia
  • Pusat Pengurusan Maklumat (IMC), menyediakan perkhidmatan komunikasi dan komputer
  • Pejabat Perhubungan Masyarakat (CLO)
  • Unit Perubatan

Pejabat Keselamatan Serantau

Pejabat Keselamatan Serantau (RSO) bertanggungjawab memastikan keselamatan di tempat tinggal dan persekitaran tempat kerja bagi kakitangan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur, melalui komitmen terhadap keselamatan diri, kemudahan-kemudahan dan maklumat. Pejabat ini menawarkan khidmat nasihat dan keselamatan kepada warga Amerika dan juga kepada ahli-ahli perniagaan dari Amerika. RSO berperanan sebagai satu unit anti pengganas di kedutaan ini.

Pegawai di RSO merupakan ahli dalam Biro Keselamatan Diplomatik yang menjadi sumber kepada keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang di Jabatan Negara. RSO juga merupakan seorang pegawai penguatkuasa A.S. dan bekerjasama erat dengan Polis Diraja Malaysia dan juga lain-lain agensi penguatkuasa undang-undang dan keselamatan A.S. yang berkaitan dengan penyiasatan. RSO adalah sumber keselamatan utama kepada Kedutaan A.S. di Malaysia.

Khidmat Komersil

Maklumat tentang Khidmat Komersil terdapat di lawan web ini.  (Dalam Bahasa Inggeris)

Pejabat Hal-Ehwal Pertanian

Perdagangan dua hala di antara Amerika Syarikat dan Malaysia dalam produk pertanian, perikanan dan perhutanan berjumlah lebih $2.9 bilion pada tahun 2008. Perdagangan pertanian di antara dua negara selalunya saling melengkapi dengan A.S. membekalkan banyak bijian dan benih minyak, makanan haiwan, buah segar beriklim sederhana, kayu keras gergaji beriklim sederhana, dan produk pengguna bernilai tinggi lain. Malaysia membekalkan produk getah, minyak sawit, koko, dan produk tambah nilai kayu kepada A.S.

Pejabat Hal Ehwal Pertanian (Office of Agricultural Affairs atau OAA) di Kedutaan A.S. Kuala Lumpur mewakili kepentingan Pejabat Pertanian A.S. (U.S. Department of Agriculture atau USDA) dan industri pertanian A.S. di Malaysia. Kami menganalisis dan melaporkan keluaran pertanian Malaysia, permintaan bagi komoditi dan produk pertanian, peluang pasaran, dan persaingan daripada pembekal lain. Kami menyokong dasar dan kepentingan A.S. dengan memantau halangan tarif dan bukan tarif dan mencadangkan langkah unutk meningkatkan akses pasaran bagi produk pertanian A.S. Kami bekerja erat dengan organisasi komoditi bukan untung A.S., dikenali sebagai mereka yang bekerjasama bagi pembangunan pasaran asing, untuk meningkatkan eksport pertanian A.S. ke Malaysia. Kami menaja aktiviti galakan dan mengambil bahagian dalam seminar dan pertunjukan makanan sepanjang tahun dan membantu pengimport Malaysia tempatan mengenal pasti pembekal A.S. yang boleh dipercayai melalui perkhidmatan perdagangan berkomputer dan sumber di pejabat. OAA juga terlibat dalam pelbagai aktiviti kerjasama dengan Kerajaan Malaysia dan entiti lain di Malaysia dengan matlamat mempertingkatkan hubungan baik di antara dua negara dalam makanan dan pertanian.

Bidang perkongsian kepentingan lain di antara A.S. dan Malaysia adalah teknologi bio pertanian.  Teknologi bio pertanian sudah pun memberikan manfaat ekonomi yang ketara kepada petani dan alam sekitar di kebanyakan negara di seluruh dunia.

OAA dan USDA menjalankan pelbagai program di bawah Cochran Fellowship Program (CFP). Objektif program ini adalah untuk menguat dan mempertingkatkan jalinan perdagangan di antara kepentingan pertanian Malaysia dan Amerika Syarikat.

Kakitangan OAA terdiri daripada mereka di Perkhidmatan Pertanian Luar Negara (FAS) Jabatan Pertanian A.S.

Pejabat Hal Ehwal Pertanian
Kedutaan Amerika, Kuala Lumpur
376 Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: (6-03) 2168-5082
Faks: (6-03) 2168-5023
Emel: AgKualaLumpur@usda.gov

(Pejabat Hal Ehwal Pertanian di Kuala Lumpur juga meliputi Brunei dan Papua New Guinea dan menyelia pejabat FAS di Singapura.)

Library of Congress

Misi utama pejabat perwakilan Library of Congress, Kuala Lumpur, adalah untuk menyediakan khidmat sokongan bagi memenuhi keperluan maklumat Kongres dan rakyat Amerika Syarikat berkaitan Malaysia dan Brunei.

Kerja rutin yang dijalankan oleh pejabat ini termasuk pengumpulan dan pemprosesan bahan cetak dan bahan bukan cetak bagi Library of Congress, agensi-agensi kerajaan A.S. lain, institusi-institusi penyelidikan, dan universiti-universiti di Amerika Utara, Australia, dan Asia.

Pejabat ini mengumpul kira-kira 1000 monograf dan 800 terbitan bersiri dan berkala. Kami juga telah memperoleh sumber baru untuk membekal akhbar dalam bentuk mikrofilem. Bahan-bahan daripada pelbagai tajuk termasuk sosiologi, kerajaan/politik, dan geografi dikumpul dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia, bahasa Cina, dan bahasa Tamil. Malah, pihak kami juga telah berjaya mengumpul bahan berkaitan isu-isu politik di Malaysia daripada pertubuhan-pertubuhan kerajaan, pihak swasta, dan badan-badan bukan kerajaan.

Setelah rekod bibliografi awal telah dibuat, bahan-bahan ini dihantar ke Jakarta dan pusat-pusat Library of Congress lain untuk dikatalog, dijilid jika perlu, dan diangkut ke Library of Congress Washington dan institusi-institusi yang ikut serta. Selain kaedah pemprosesan biasa, bahan penerbitan juga boleh diimbas, jika ada keperluan, sebelum dihantar secara elektronik ke Amerika Syarikat.

Library of Congress Kuala Lumpur dikendali oleh dua kakitangan warga Malaysia dan terletak di dalam bangunan Kedutaan Amerika Syarikat.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web Library of Congress.

Email: linges@locjkt.or.id

Pejabat Atase Pertahanan

Pejabat Atase Pertahanan, Kedutaan Amerika Syarikat Kuala Lumpur, terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai yang tidak bertauliah dalam Angkatan-angkatan Tentera Darat, Tentera Udara, dan Tentera Laut Amerika Syarikat. Kebanyakan mereka bertugas aktif. Namun, kadang kala terdapat juga Pengawal Aktif/Simpanan serta kakitangan petugas sementara bertugas di pejabat ini.

Tugas protokol atase termasuk menyelia lawatan ke kapal, memberi kebenaran kepada pesawat udara, mengurus lawatan oleh orang kenamaan, menyelaras latihan ketenteraan, serta mewakili khidmat ketenteraan masing-masing di majlis-majlis resmi. Para kakitangan akan menyokong dan membantu dalam pelaksanaan tugas-tugas ini, jika perlu.

Angkatan-angkatan Tentera Darat, Tentera Udara, dan Tentera Laut bekerjasama meneruskan tradisi khidmat ketenteraan untuk negara dan memberi sokongan kepada Duta di Kedutaan Amerika Syarikat Kuala Lumpur.

Pejabat Kerjasama Pertahanan

Maklumat Perhubungan Pejabat:

Telefon: 6-03-2168-4827
Faks: 6-03-2141-1080
Emel: klodc@state.gov

MISI

Pejabat Kerjasama Pertahanan (ODC) mengurus aktiviti-aktiviti berikut bersama Malaysia dengan sokongan Kedutaan A.S. Kuala Lumpur dan Pusat Ketumbukan Pasifik A.S:

  • Hal-hal berkaitan Penjualan Ketenteraan Asing (FMS) bagi peralatan, perkhidmatan dan latihan,
  • Latihan dan Persidangan Ketenteraan, dan
  • Program Pendidikan dan Latihan Ketenteraan A.S.

Penjualan Ketenteraan Asing (FMS)

ODC mengurus dan menyokong pemerolehan peralatan, perkhidmatan dan latihan pertahanan A.S oleh Angkatan Tentera Malaysia.

F/A-18 “Hornet” adalah program FMS yang terbesar dan teraktif.

Latihan yang disediakan melalui program FMS termasuk kursus yang disediakan oleh Tentera Udara A.S., Tentera Laut A.S., Tentera A.S., Kor Marin A.S. dan Pengawal Pantai A.S.

ODC membantu penglibatan Kontraktor A.S. dan Kerajaan A.S. dalam pertunjukan dagang pertahanan yang dianjurkan di Malaysia (Perkhidmatan Pertahanan Asia dan Pameran Maritim & Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi).

Bantuan kepada Kontraktor Pertahanan A.S.

ODC bekerja terutamanya dalam program kerajaan dengan kerajaan. ODC adalah titik hubungan Pejabat Pertahanan A.S bagi Kontraktor A.S. yang mahu melakukan perniagaan dengan komuniti pertahanan Malaysia.  Pihak Kedutaan bersedia menyediakan semua bantuan berpatutankepada syarikat A.S. yang mahu memenuhi syarat-syarat pertahanan Malaysia.  Apabila dua atau lebih syarikat A.S. yang mahu memenuhi syarat yang sama, kami komited untuk memberikan bantuan yang adil.

Bahagian kedutaan yang terlibat khusus dalam membantu syarikat memasarkan produk pertahanan adalah ODC, Perkhidmatan Komersial Asing (FCS), dan Pejabat Atase Pertahanan (DAO).  ODC boleh membantu dengan memberikan pemahaman tentang prosedur pemerolehan Kementerian Pertahanan dan syarat-syarat pertahanan; FCS boleh menyediakan maklumat terperinci berkenaan membuat perniagaan di Malaysia, membantu dalam hubungan dengan Kerajaan Malaysia di luar Kementerian Pertahanan, dan menyediakan maklumat mengenai agen tempatan melalui Perkhidmatan Kunci Emas (Gold Key Service) atau dengan melengkapkan Borang Advokasi FCS.

Syarikat A.S. yang memasarkan produk pertahanan diminta menghubungi kedutaan melalui ODC.  ODC boleh membantu dengan membuat temu janji dengan FCS dan DAO, jika diminta.

Kami mengesyorkan syarikat yang sudah mengenalpasti syarat tertentu Malaysia, dan percaya mereka mempunyai peluang cerah dipilih menggunakan agen tempatan.  Agen tempatan boleh memudahkan temu janji dengan pegawai kerajaan Malaysia dan boleh memberikan maklum balas dan bantuan.  Adalah sesuai bagi ODC terlibat jika taklimat penting tentang sistem senjata dibuat.  Jika ODC diminta untuk membantu, sila sediakan maklumat berikut:

  • Nama penuh syarikat, alamat, emel, dan nombor telefon
  • Nama penuh dan biodata wakil pelawat
  • Tingkat kebenaran daripada Kerajaan A.S., jika ada
  • Maklumat latar belakang produk yang mahu dijual
  • Status lesen eksport ke Malaysia, jika perlu
  • Niat untuk melakukan jualan ini melalui Jualan Ketenteraan Asing atau Jualan Komersil Langsung
  • Pesaing A.S. atau antarabangsa lain yang diketahui
  • Agen tempatan, jika ada
  • Hubungan yang sudah ada dengan Kementerian Pertahanan Malaysia, jika ada

Latihan Dan Persidangan Ketenteraan

Latihan

ODC menyelaras dan menyokong lebih kurang 14 -16 latihan dua hala dan pelbagai hala dengan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia setiap tahun untuk menggalakkan kebolehoperasian dan kerjasama.  Contoh latihan tersebut adalah: CARAT (Cooperation Afloat Readiness and Training), Cope Taufan, Keris Strike, Air Warrior, dan Latihan Pertukaran Bersama.

Persidangan

Setiap tahun, ODC menghantar lebih kurang 70 orang ahli Kementerian Pertahanan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia untuk mengambil bahagian dalam persidangan dan seminar yang dianjurkan oleh A.S.  Acara ini meningkatkan kebolehoperasian dan kerjasama di antara A.S., Malaysia dan negara lain di rantau ini.

ODC juga menyokong acara dan seminar khusus serantau dalam bidang seperti persediaan dan tindakan ke atas wabak influenza, pengambilan pegawai tentera tidak bertauliah, dan keselamatan maritim.

Pendidikan Dan Latihan Ketenteraan A.S.

ODC menguruskan program Pendidikan dan Latihan Ketenteraan Antarabangsa (IMET) yang memberikan latihan A.S. berasaskan geran kepada pelajar dari Malaysia.  Setiap tahun, ODC menghantar lebih kurang 50 kakitangan tentera Malaysia untuk latihan IMET.  ODC juga mengurus Program Latihan Penjualan Ketenteraan Asing, Program Fellowship Pencegahan Keganasan (CTFP), dan kursus Pusat Pengajian Keselamatan Asia-Pasifik (APCSS).

Laman web berguna lain: