Kem CLICK! di Kuantan Mengajar Pelajar Tentang Keusahawanan

ETA Ciera Fleming from SMK Mentakab, Phang helps her students “Rocky 5-Star” to identify problems in their community. (U.S. Embassy photo)

Pelajar dari 12 buah sekolah di Pahang, Terengganu, dan Kelantan berkumpul di Kuantan pada 7-9 April untuk mengikuti kem keusahawanan sosial CLICK! 6.0. Kem yang pertama daripada tiga siri ini membantu pelajar membangunkan idea projek untuk menyelesaikan isu sosial yang dihadapi oleh komuniti masing-masing dengan bantuan Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA). Pada hari terakhir, pelajar melontarkan idea mereka kepada panel hakim: Mohamed Nasaruddin Jaafar, Ketua Usahawan Sosial The Futurist Foundation dan Nurliana Muhammad, Pengarah NM Academy. Turut hadir ialah Ketua Penolong Kanan Jabatan Bahasa Inggeris dari Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Jalilah Salim.

Tiga pasukan yang menang adalah “Indrance” dari SMK Inderapura, Pahang, dengan projek yang menggalakkan kempen antibuli di sekolah; “The ACE” dari Sekolah Menengah Agama Al-Amin, dengan projek yang menggalakkan tabiat makan yang sihat; dan pasukan “Warriors B-Best” dari SMK Balai Besar, Terengganu, dengan projek memerangi vandalisme.

Kem CLICK! 6.0 adalah program keusahawanan sosial intensif penuh aksi selama tiga hari yang mengajar pelajar sekolah menengah mengenai kemahiran keusahawanan sosial dan kemahiran interpersonal lain. Peserta mengasah kemahiran kepimpinan dan interpersonal mereka dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi. Selepas selesai tiga kem ini, enam pasukan akan dipilih untuk mengambil bahagian dalam finale akhir di Universiti Sunway di mana mereka akan mempromosikan projek sosial mereka kepada panel hakim. Pemenang akan dipilih berdasarkan projek sosial yang terbaik dan akan membawa pulang hadiah, termasuk biasiswa penuh dari Universiti Sunway. Tema CLICK! 6.0 ialah Idea yang Memberi Impak.