CEO Wildlife Alliance Didik Rakyat Malaysia tentang Keperluan Melindungi Hidupan Liar

Photo of Suwanna Guantlett speaking.
Suwanna Gauntlett, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Wildlife Alliance, di Bengkel Membanteras Pemerdagangan Hidupan Liar Forum Serantau Asean (ARF). (Foto Kedutaan A.S.)

Suwanna Gauntlett, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Wildlife Alliance, berucap di Bengkel Membanteras Pemerdagangan Hidupan Liar Forum Serantau Asean (ARF) yang dianjurkan bersama oleh kerajaan Amerika Syarikat dan Malaysia.  Forum ini telah dihadiri oleh pihak-pihak berkepentingan serantau utama, termasuk pegawai kerajaan, organisasi bukan untung, Interpol, pembuat dasar serantau dan media.  Lawatan Suwanna ke Malaysia membawanya ke tiga buah bandar dan mencapai hampir 600 orang.  Semasa lawatan, beliau bercakap tentang perlindungan hidupan liar dan apa yang dimaksudkan melindungi dan mengimbangi ekologi dengan membantu meningkatkan kesedaran mengenai ancaman kepada hidupan liar di Malaysia.