Flag

An official website of the United States government

KUASA USAHA MANU BHALLA LAWAT SARAWAK
4 MINIT DIBACA
September 27, 2023

CDA Bhalla having a chat with Sarawak alumni.
Beliau juga gembira dapat mengukuhkan hubungan A.S.-Sarawak melalui penglibatan dengan pegawai kerajaan, komuniti perniagaan, pemegang taruh dalam tenaga boleh diperbaharui dan tindakan iklim, rakan kongsi dalam masyarakat sivil dan akademia termasuk Sudut Amerika di Sarawak, dan alumni program pertukaran tajaan kerajaan A.S.

Kuasa Usaha (CDA) Manu Bhalla melawat Sarawak, 16-19 September.  Beliau sangat teruja dapat mewakili Amerika Syarikat pada sambutan rasmi Hari Malaysia di Kuching.  Beliau juga gembira dapat mengukuhkan hubungan A.S.-Sarawak melalui penglibatan dengan pegawai kerajaan, komuniti perniagaan, pemegang taruh dalam tenaga boleh diperbaharui dan tindakan iklim, rakan kongsi dalam masyarakat sivil dan akademia termasuk Sudut Amerika di Sarawak, dan alumni program pertukaran tajaan kerajaan A.S.  Dalam temu bual dengan TV Sarawak, CDA Bhalla menekankan hasratnya untuk mengukuhkan hubungan A.S.-Sarawak merentasi pelbagai sektor.  Beliau juga menekankan bahawa Amerika Syarikat dan Malaysia berkongsi visi untuk rantau yang bebas dan terbuka, berhubung, makmur, kuat, dan berdaya tahan.

Lihat lebih banyak foto daripada lawatan ini di sini: Flickr Kedutaan Amerika Kuala Lumpur