Flag

An official website of the United States government

KUASA USAHA MANU BHALLA KUKUH HUBUNGAN DUA HALA DI PULAU PINANG
4 MINIT DIBACA
Oktober 3, 2023

Semasa lawatan 29-30 September ke Pulau Pinang, Kuasa Usaha (CDA) Manu Bhalla sangat teruja dapat mengukuhkan hubungan A.S. dengan pemimpin kerajaan, perniagaan A.S., masyarakat sivil dan alumni program pertukaran tajaan kerajaan A.S.  Beliau gembira dapat menyertai pemimpin kerajaan negeri dan YSEALI dalam melancarkan mural “You’re Not Alone” yang menggalakkan kesedaran kesihatan mental dan memerangi stigma yang menyelubungi kesihatan mental.  CDA Bhalla juga bertemu dengan pasukan Médecins Sans Frontières (Doktor Tanpa Sempadan) dan mengucapkan terima kasih atas usaha mereka untuk menyediakan penjagaan kesihatan dan sokongan kesihatan mental kepada pelarian Rohingya dan komuniti rentan lain yang terjejas akibat konflik.  Beliau juga gembira dapat mencuba beberapa makanan jalanan yang lazat yang terkenal di Pulau Pinang.  CDA mengakhiri lawatannya dengan bertemu staf di kedai Starbucks yang menggunakan bahasa isyarat dan menekankan komitmen A.S. untuk mempromosikan kebolehcapaian sebagai sebahagian daripada usaha meluas A.S. dalam menyokong kepelbagaian, kesamarataan, kebolehcapaian dan inklusi (DEIA).  Hubungan A.S.-Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Perkongsian Komprehensif A.S.-Malaysia, yang akan menyambut ulang tahun ke-10 pada tahun 2024.

Lihat lebih banyak foto daripada lawatan ini di sini: Flickr Kedutaan Amerika Syarikat Kuala Lumpur