Duta besar Lakhdhir memberi inspirasi kepada lebih 300 pelajar ETA dalam Simposium Projek Pelajar di Kuala Lumpur

Pada 29 September, Duta Besar Lakhdhir menyampaikan ucaptama dalam Simposium Projek Pelajar di Universiti Malaya. Beliau menyentuh tentang kreativiti dalam bidang keusahawanan dan menggalakkan para pelajar untuk mengenal pasti jalan penyelesaian masalah dan melaksanakan projek yang akan memberi manfaat kepada masyarakat. Projek Pelajar adalah program yang ditaja Kedutaan A.S. Kuala Lumpur dan dianjurkan Junior Achievement dengan diterajui ...
Baca Selanjutnya»

Felo Bahasa Inggeris Rose Graves mengetuai aktiviti Bahasa Inggeris untuk pelajar Access di Rompin, Pahang

Felo Bahasa Inggeris Rose Graves mengadakan aktiviti selama dua hari di SMA Rompin di Pahang, Malaysia dari 29 hingga 30 Ogos. Beliau mengadakan sesi interaktif untuk 40 pelajar menggunakan bahan daripada laman web Jabatan Negara Amerika Syarikat yang menumpu kepada ekspresi bahasa Amerika dan menghayati nilai budaya melalui peribahasa. Felo tersebut menjelaskan dengan cara interaktif ...
Baca Selanjutnya»

Timbalan Ketua Perwakilan Dean Thompson menyokong Pameran Jualan Junior Achievement Young Enterprise 2018

Pada 4 Ogos, Timbalan Ketua Perwakilan Dean Thompson menghadiri Pameran Jualan Junior Achievement Young Enterprise 2018, yang berlangsung di Paradigm Mall, Kelana Jaya. Sepuluh sekolah menengah di seluruh Malaysia mengambil bahagian dalam pameran jualan untuk mempamerkan dan menjual produk inovatif mereka setelah menjalani latihan dan bimbingan bulan dari Junior Achievement (JA) Malaysia dan penaja korporat. ...
Baca Selanjutnya»

Aksi Hebat Ceriakan Taman Luncur Papan Roda

Pada akhir bulan Jun, peluncur papan roda pro Jimmy Cao dan Cheryl Jumao-as bertandang ke Malaysia sebagai sebahagian daripada program Diplomasi Sukan Jabatan Negara Amerika Syarikat. Program mereka yang berlangsung selama seminggu mencapai lebih daripada 500 peluncur papan roda di seluruh Malaysia, kedua-duanya di semenanjung Malaysia dan Malaysia timur. Di sini, program mereka dianjurkan bersama Kementerian Belia dan Sukan ...
Baca Selanjutnya»

U.S. Service Academy Class of 2022

Putra Nadeem Damanhuri bin Ahmad Damanhuri berasal dari Petaling Jaya, Kuala Lumpur. Beliau telah mengembara ke seluruh Eropah, Asia dan Afrika Utara dan aktif dalam pelbagai aktiviti luar, termasuk perdebatan, pelayaran, saintis muda dan sukarelawan dalam program “guru muda matematik”. Nadeem merupakan pelajar cemerlang dan mendapat markah tinggi dalam peperiksaan nasional walaupun sibuk dalam peranan ...
Baca Selanjutnya»

EducationUSA Malaysia anjur bengkel “Best 4 Me: 4 Ways to Study in the U.S.”

Pada 8 Mei, EducationUSA Malaysia telah menganjurkan bengkel awam yang bertajuk “Best 4 Me: 4 Ways to Study in the U.S.” Acara itu diadakan di Suruhanjaya Malaysia-Amerika bagi Pertukaran Pendidikan (MACEE) dan menampilkan alumni universiti A.S. sebagai penceramah panel. Alumni Bryan Guan, Wong Yi Jet, dan John Lin berkongsi pengalaman mereka memasuki universiti A.S. melalui ...
Baca Selanjutnya»

100 pembantu guru bahasa Inggeris Fulbright memulakan tugasan mengajar selama 10 bulan di Malaysia

Duta Besar Lakhdhir mengalu-alukan 100 pembantu guru bahasa Inggeris (ETA) Fulbright yang ditugaskan ke negeri Terengganu, Pahang, Kedah, Kelantan, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak dan Melaka yang merupakan negeri yang baru ditambah, semasa majlis sambutan di kediamannya pada 11 Januari 2018. Selain membantu pengajaran bahasa Inggeris di sekolah, ETA akan menjalankan pelbagai aktiviti berbahasa Inggeris seperti ...
Baca Selanjutnya»

Program Kepimpinan Belia Asia Tenggara (SEAYLP) Malaysia 2018

Kepimpinan Remaja Asia Tenggara (SEAYLP) adalah program pertukaran A.S. selama tiga minggu untuk pelajar sekolah menengah (15-17 tahun) dan mentor dewasa dari negara anggota ASEAN, yang dibiayai oleh Biro Pendidikan dan Kebudayaan Jabatan Negara A.S. SEAYLP memupuk persefahaman, penghormatan, dan penglibatan sivik dalam kalangan orang muda Amerika dan rakan sebaya antarabangsa mereka. Melalui program pertukaran ...
Baca Selanjutnya»

Pameran Pendidikan A.S. di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur

EducationUSA Malaysia pada 28 Februari dan 4 Mac menganjurkan dua pameran universiti di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kedua-dua pameran itu adalah sebahagian daripada Siri Pameran EducationUSA Asia Tenggara yang lebih besar yang dijadualkan berlangsung hingga pertengahan Mac di rantau ASEAN. Di Pulau Pinang, 28 universiti menyertai pameran ini. Pegawai Hal Ehwal Awam dari Kedutaan ...
Baca Selanjutnya»

Felo Bahasa Inggeris dan pelatih guru belajar kaedah mengajar baharu di bengkel Access

Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur menganjurkan fasa kedua Bengkel Latihan Guru English Access Microscholarship Program (Access) di Kota Kinabalu, Sabah, dari 4-7 Disember 2017. Latihan ini dihadiri oleh 18 guru bahasa Inggeris di seluruh Malaysia, serta Pegawai Bahasa Inggeris Serantau Alice Murray. Bengkel intensif selama 4 hari itu dianjurkan oleh penyedia Access di Malaysia, ...
Baca Selanjutnya»

Mohamed Geraldez di Malaysia

Mohamed Geraldez, seorang usahawan Muslim Amerika yang berjaya, penceramah dan pelabur, berada di Kuala Lumpur pada 30 November untuk berbicara dengan pelajar di Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau bercakap mengenai keusahawanan, penjenamaan digital dan “ekonomi halal”, dan juga ditemu bual oleh Utusan Malaysia. Geraldez berada di Kuching, Sarawak dan berbicara ...
Baca Selanjutnya»

Terima kasih dan selamat jalan kepada ETA!

Pada 31 Oktober, Duta Besar Lakhdhir menganjurkan majlis mengucapkan selamat tinggal di kediamannya untuk 98 Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) Fulbright yang telah menyelesaikan tugasan 10 bulan di pelbagai sekolah di seluruh Malaysia. Dalam ucapannya, Duta Besar Lakhdhir memuji ETA atas sumbangan penting mereka terhadap hubungan yang lebih baik antara A.S. dan Malaysia dan impak ...
Baca Selanjutnya»

Artis visual Amerika guna grafiti dan kaligrafi untuk sampaikan mesej

Kedutaan A.S. di Kuala Lumpur membawa artis grafiti Amerika, Gabril Garay untuk program pendidikan dan seni selama seminggu di Kuala Lumpur dan Johor. Di Malaysia, beliau berjumpa dengan pelbagai pelajar sekolah di Malaysia dan mengadakan program ekspresi diri melalui gabungan kaligrafi dan seni grafiti. Kedutaan Amerika juga menaja penyertaannya dalam persembahan seni awam yang menghasilkan ...
Baca Selanjutnya»

Kedutaan A.S. lancar kohort kedua program English Access Microscholarship di Pahang

Pegawai Hal Ehwal Kebudayaan (CAO) Michael Quinlan bersama Ustaz Abu Bakar bin Mat Saad, Pengarah Kanan Pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), melancarkan kohort kedua Program English Access Microscholarship Kedutaan di Sekolah Menengah Agama Rompin di Pahang pada 13 Oktober 2017. Kira-kira 80 orang menghadiri pelancaran tersebut, termasuk pelajar Access, ibu bapa, guru, alumni Access ...
Baca Selanjutnya»

Dr. Mohamed Elsanousi melawat Sabah dan Sarawak

Dr. Mohamed Elsanousi, Pengarah Network for Religious and Traditional Peacemakers mengagumkan audiens belia ketika beliau melawat Sabah dan Sarawak dan berkongsi kepentingan dialog antara agama dalam menyisihkan pandangan radikal. Dr. Elsanousi juga bertemu dengan Mufti Sabah dan membincangkan keperluan untuk komunikasi terbuka dengan belia dalam memahami mereka dan tidak kehilangan mereka kepada idea radikal dan perbuatan jahat. Dalam lawatan lima hari ...
Baca Selanjutnya»

Kedutaan Kuala Lumpur anjur bengkel latihan guru Access di Langkawi, Kedah

Sekolah Menengah Agama Rompin (SMAR) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Awam Kedutaan Amerika Syarikat telah menganjurkan bengkel Latihan Guru Access yang pertama di Malaysia dari 27 hingga 30 Ogos di Langkawi, Kedah. Bengkel latihan ini bertujuan melengkapkan guru baharu dan bakal guru Access dengan kaedah pengajaran semasa untuk kelas Access. Bengkel ini pada masa yang ...
Baca Selanjutnya»

Pendidik SEAYLP kendali kem bahasa Inggeris di Terengganu

Alumni SEAYLP Lutfi Amri dari Universiti Sains Malaysia mengendalikan kem bahasa Inggeris untuk lebihvdaripada 60 pelajar dari SMK Permaisuri Nur Zahirah, SMK Tengku Mahmud dan SMK Tengku Mahmud 2 di Demong Beach Resort di Besut, Terengganu. Kem yang dikenali sebagai House of Pumpkin Alpha ini ditaja oleh Kedutaan A.S. Kuala Lumpur dan berlangsung selama 3 ...
Baca Selanjutnya»

Sarjana Kanan Fulbright Sokong Konservasi Orang Utan

Sarjana Kanan Fulbright , Dr. Wendy Erb melawat pusat pemulihan orang utan di Sabah, Malaysia, pada 21 hingga 23 Jun untuk bertemu dengan pakar hidupan liar dan menyokong usaha penyelidikan dan membangunkan program pendidikan. Dr. Erb sedang menjalankan penyelidikan di Indonesia untuk mempromosikan pemuliharaan populasi orang utan liar.
Baca Selanjutnya»

Duta Besar Kamala Shirin Lakhdhir Berucap di Majlis Graduasi Taylor

Pada 29 Julai 2017, Duta Besar Kamala Shirin Lakhdhir memberikan ucapan di majlis graduasi Program Ijazah Amerika Taylor’s University. Duta Besar berucap di hadapan 191 graduan, yang baru sahaja menamatkan pengajian selama dua tahun di Taylor dan merancang untuk meneruskan pengajian di institusi luar negara, termasuk di universiti A.S., Kanada, Australia dan New Zealand. Beliau ...
Baca Selanjutnya»

Erin Zanre melawat Sabah

Erin Zanre, seorang perunding yang mengkhususkan dalam pembangunan dan pelaksanaan program pengurusan mata pencarian dan sumber alam semula jadi lestari berasaskan komuniti, melawat Taman Tun Mustapha di Sabah pada 3-7 Julai. Lawatan beliau dibiayai oleh Kedutaan Amerika Syarikat dan Taman-Taman Sabah untuk menyokong inisiatif pengurusan perikanan komuniti. Beliau bertemu dengan pihak berkepentingan komuniti, pertubuhan NGO, ...
Baca Selanjutnya»

Usahawan Silicon Valley berjumpa dengan rakyat Malaysia

Rekha Pai Kamath, salah seorang ahli lembaga Fast Forward iaitu pertubuhan yang membantu persatuan teknologi bukan berorientasi keuntungan yang berpangkalan di San Francisco, dan pelabur budiman (angel investor) di Stanford Angels and Entrepreneurs, baru-baru ini bertemu dan berkongsi ilmu dengan usahawan muda Malaysia. Rekha adalah mentor profesional dan penasihat impak dan telah berada di dalam ...
Baca Selanjutnya»

NGO Portland Menyokong Pengurusan Taman di Malaysia Timur

Pengarah Eksekutif Forest Park Conservancy di Portland , Renee Myers , melawat Miri, Sarawak, pada 12-21 Jun untuk bekerjasama dengan kawasan simpanan semula dan taman negara di Malaysia yang bertujuan untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dan kesedaran awam. Beliau juga melawat sebuah sekolah di Sandakan, Sabah, untuk membangunkan program kitar semula dan pendidikan.
Baca Selanjutnya»

Pelajar Oregon State University Bekerjasama Dalam Projek Pemuliharaan Komuniti

Empat belas pelajar dari Oregon State University menghabiskan dua minggu di Sabah untuk mempelajari tentang pemuliharaan hidupan liar dan pembangunan lestari, serta menjalankan kerja lapangan. Ini merupakan tahun kedua usahasama dijalankan di bawah program bandar kembar Portland-Kota Kinabalu.
Baca Selanjutnya»

Empat Kadet Malaysia Masuk Akademi Tentera A.S.

Kedutaan A.S. pada 15 Jun 2017 meraikan empat kadet Malaysia yang telah diterima untuk belajar di akademi perkhidmatan ketenteraan A.S. Muhammad Salihin bin Mohd Sabri akan menyertai Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat di Colorado Springs, Colorado. Wan Kamal Fitri bin Wan Kamal Baharein dan Sayniish Pillay Muniandy menghadiri Akademi Tentera Amerika Syarikat di West Point, ...
Baca Selanjutnya»

Duta Besar Lakhdhir Melawat Sarawak

Duta Besar Lakhdhir membuat lawatan rasmi pertama beliau ke Sarawak pada 20-23 April 2017. Beliau melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Semerah Padi untuk bertemu dengan pelajar, guru, dan Pembantu Guru Bahasa Inggeris Fulbright Jay Sullivan. Beliau mengunjungi Pusat Hidupan Liar Semenggoh dan Pusat Biodiversiti Sarawak untuk membincangkan pemuliharaan alam sekitar. Di Sarawak, beliau juga bertemu dengan ...
Baca Selanjutnya»

Kem CLICK! di Kuantan Mengajar Pelajar Tentang Keusahawanan

Pelajar dari 12 buah sekolah di Pahang, Terengganu, dan Kelantan berkumpul di Kuantan pada 7-9 April untuk mengikuti kem keusahawanan sosial CLICK! 6.0. Kem yang pertama daripada tiga siri ini membantu pelajar membangunkan idea projek untuk menyelesaikan isu sosial yang dihadapi oleh komuniti masing-masing dengan bantuan Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA). Pada hari terakhir, pelajar ...
Baca Selanjutnya»

Sudut Lincoln Kedah Rai 10 Tahun dengan Aktiviti Menarik

Pada 26 Februari, kira-kira 300 hadirin, termasuk Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA), peserta program Pertukaran dan Pendidikan Belia Kennedy Lugar (YES), alumni program pertukaran kerajaan Amerika Syarikat, pegawai kerajaan tempatan, pendidik dan pelajar berkumpul untuk meraikan ulang tahun ke-10 Sudut Lincoln Kedah.  Acara ini dirasmikan bersama oleh Pegawai Hal Ehwal Kebudayaan (CAO) Kedutaan AS Kuala ...
Baca Selanjutnya»

Pameran Universiti EducationUSA 2017

EducationUSA Malaysia baru-baru ini menganjurkan dua pameran pendidikan Amerika Syarikat di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur pada 18 dan 19 Februari.  Pameran ini merupakan pameran pendidikan A.S. terbesar yang dianjurkan oleh EducationUSA Malaysia setakat ini.  Sebanyak 53 universiti Amerika mengambil bahagian di Kuala Lumpur sementara 32 di Pulau Pinang. Lebih 1,200 pengunjung hadir di pameran ...
Baca Selanjutnya»

Program Pembantu Guru Bahasa Inggeris Fulbright di Malaysia

Selamat datang! Sekumpulan 98 orang Pembantu Guru Bahasa Inggeris Fulbright sudah tiba di Malaysia! Mereka telah selesai menjalani program orientasi di Kuala Lumpur dan akan berada di Malaysia selama 10 bulan untuk mengajar di sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Terengganu, Pahang, Perak, Sabah, Sarawak, Kedah, Kelantan dan Perlis. Jom lihat gambar pengembaraan mereka di KL!
Baca Selanjutnya»

Selamat Kembali Sarjana Fulbright!

Kuasa Usaha Edgard Kagan menyampaikan sijil pencapaian kepada 13 sarjana Fulbright Malaysia pada 15 Disember.  Acara yang dihoskan oleh Suruhanjaya Malaysia-Amerika bagi Pertukaran Pendidikan (MACEE) ini merangkumi sesi perkongsian pengalaman di Amerika Syarikat dan disiplin akademik masing-masing, termasuk sejarah, media, muzik, ekonomi, dan pendidikan. Sarjana Fulbright mengikuti program akademik di pelbagai institusi Amerika, termasuk Harvard, ...
Baca Selanjutnya»

Kumpulan YES 2017 Bersedia Menawan Dunia

Kedutaan A.S. meraikan 45 pelajar sekolah menengah Malaysia, yang dipilih untuk mengambil bahagian dalam program Pertukaran Belia Kennedy-Lugar (YES) 2017, dengan sesi taklimat mengenai program pendidikan dan jamuan makan tengah hari yang dihoskan oleh kuasa usaha Edgard Kagan.  Acara setengah hari ini termasuk temu duga visa peserta dan pengenalan kepada rangkaian alumni Jabatan Negara A.S., ...
Baca Selanjutnya»

Kuasa Usaha Edgard Kagan Bercakap di Majlis Konvokesyen Universiti Taylor

Kuasa Usaha Kedutaan A.S. Edgard Kagan berucap di majlis konvokesyen untuk Program Pemindahan American Degree Universiti Taylor pada 3 Disember 2016.  Pelajar menamatkan pengajian dua tahun di Taylor dan akan menghabiskan dua tahun akan datang di universiti A.S.  Dalam ucapannya, Kagan menggalakkan pelajar untuk “memberi kesan positif dan meninggalkan nama dalam masyarakat.” Kagan juga menyatakan ...
Baca Selanjutnya»

YSEALI YOUnified Dilancarkan di Seluruh Malaysia

Pada 3 Disember, Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) menyambut ulang tahun ke-3 dengan menganjurkan satu siri projek komuniti serentak di seluruh Asia Tenggara.  Program YOUnified 2016 melibatkan 13 projek untuk menggalakkan kelestarian alam sekitar, penyertaan sivik, pemerkasaan ekonomi, dan akses kepada pendidikan di seluruh negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan.  Sebagai sebahagian daripada YOUnified ...
Baca Selanjutnya»

Pendaftaran Pelajar Malaysia di A.S. meningkat 8.3% kepada 7,834

Siaran Akhbar  Laporan Open Doors bagi Pertukaran Pendidikan Antarabangsa 2016 mendapati 7,834 pelajar Malaysia menghadiri kolej atau universiti di Amerika Syarikat pada tahun akademik 2015/16, meningkat 8.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.  Malaysia ialah negara ke-22 tertinggi yang menghantar pelajar belajar di Amerika Syarikat. Sejak tahun akademik 2007/8, jumlah pelajar Malaysia di Amerika Syarikat semakin meningkat. ...
Baca Selanjutnya»

Festival Filem Eko Borneo Rai Kepelbagaian Biokebudayaan Borneo

Festival Filem Eko Borneo diadakan pada 8-9 Oktober di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.  Program bukan berasaskan keuntungan ini bertujuan untuk berkongsi pengetahuan mengenai isu ekologi dan budaya melalui bengkel, ceramah dan tayangan filem alam sekitar secara percuma kepada orang ramai.  Satu bahagian penting dalam festival ini adalah Program Pembikinan Filem Suara Komuniti yang mengumpulkan ...
Baca Selanjutnya»

Sudut Lincoln Kuala Lumpur Menjadi Hos Untuk Profesor Sekolah Harvard Kennedy

Pada 11 Ogos, Kenneth Winston,  seorang profesor yang telah bersara dari Sekolah Harvard Kennedy, bercakap di hadapan kira-kira 160 pelajar universiti, ahli akademik, golongan profesional dalam bidang perniagaan, pegawai kerajaan, dan ahli Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) mengenai topik, “Mendidik Pemimpin Baharu Muncul: Etika dalam Kehidupan Awam dan Profesional” dalam ceramah yang dianjurkan oleh ...
Baca Selanjutnya»

Graduan Kem MOOC Lawat Kedutaan Amerika

Pada 28 Julai, Kedutaan menyambut kedatangan graduan kem Pengucapan Awam MOOC (Massive Open Online Course) untuk mengiktiraf kejayaan mereka melengkapkan kursus.  Enam graduan Kem MOOC yang pertama diadakan di Sudut Lincoln Kuala Lumpur menerima sijil dan berkongsi pendapat mereka tentang MOOC.  MOOC, yang disediakan oleh Universiti Washington dengan kerjasama Coursera dan Jabatan Negara A.S., diselaraskan bersama ...
Baca Selanjutnya»

Sudut Lincoln Johor Mempromosi Pendidikan dan eLibraryUSA

Pada 27 Julai, 63 pelajar sekolah menengah dan universiti dari Johor Bahru telah menyertai satu seminar bertajuk “Universiti dan Sistem Pendidikan A.S.” yang diadakan di Sudut Lincoln Johor.  Seminar interaktif dan menyeronokkan  yang diketuai oleh penasihat EducationUSA dari Suruhanjaya Malaysia Amerika bagi Pertukaran Pendidikan (MACEE), mengetengahkan beberapa aspek pendidikan tinggi yang boleh diikuti oleh para pelajar di Amerika Syarikat.  Sesi soal ...
Baca Selanjutnya»

Kolej Methodist Kuala Lumpur Belajar Tentang Proses Pengundian

Pada 28 Jun, kakitangan Bahagian Hal Ehwal Awam Kedutaan Amerika Syarikat telah membuat pembentangan bertajuk “Perlumbaan ke Rumah Putih 2016” kepada 50 pelajar, ahli fakulti dan kakitangan di Kolej Methodist Kuala Lumpur.  Kebanyakan peserta merupakan pelajar dalam Program Pemindahan Ijazah Amerika (ADTP) di Kolej Methodist.  Program ini membolehkan pelajar untuk melengkapkan separuh daripada syarat untuk ...
Baca Selanjutnya»

Majlis Anugerah Fulbright

Enam belas rakyat Malaysia secara rasmi menerima geran Fulbright dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Malaysia-Amerika bagi Pertukaran Pendidikan (MACEE) pada 21 Jun 2016. Geran pendidikan Fulbright berprestij ini memberi biasiswa kepada pelajar, sarjana, guru, dan profesional untuk melanjutkan pelajaran peringkat tinggi, membuat penyelidikan lanjutan, mengajar di universiti dan sekolah rendah dan menengah di ...
Baca Selanjutnya»

Persidangan Pengajaran Bahasa Inggeris di UNITAR

Pada 18 Jun, Felo Bahasa Inggeris Christa Bixby dan Emily Jones mengadakan persidangan tentang Pengajaran Bahasa Inggeris 2016 di Universiti Antarabangsa UNITAR (UNITAR) di Kelana Jaya, Selangor. Persidangan selama satu hari bertajuk “Thriving Classrooms: Inspirational Practices to Create Dynamic English Language Learning Environments” dihadiri oleh lebih 150 profesional bahasa Inggeris di seluruh Malaysia.  Matlamat persidangan ...
Baca Selanjutnya»

Education USA di Pesta MATTA Kota Kinabalu

Pada 6-8 Mei 2016, Education USA mengambil bahagian dalam Pesta MATTA Kota Kinabalu yang diadakan di Suria Sabah, Kota Kinabalu.  Education USA, yang dihoskan oleh Suruhanjaya Amerika Malaysia mengenai Pertukaran Pendidikan (MACEE), merupakan pusat nasihat sehenti pendidikan yang disokong oleh Jabatan Negara A.S.  Pertubuhan ini memberi maklumat yang tidak berat sebelah, tepat, menyeluruh dan terkini ...
Baca Selanjutnya»

PAO Frank Whitaker Buka Zon Education USA di Sudut Lincoln Kuala Lumpur

Dalam ucapannya pada 6 April di pembukaan zon Education USA, Pegawai Hal Ehwal Awam Frank Whitaker menegaskan bahawa rakyat Malaysia yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat boleh mendapatkan panduan dan maklumat yang tepat dan terkini mengenai universiti, kolej, syarat kemasukan, dan bantuan kewangan, dan lain-lain, bukan sahaja dari MACEE (Suruhanjaya Amerika Malaysia mengenai ...
Baca Selanjutnya»

Mempelajari Kemahiran Hidup Melalui Sukan Amerika

28 Januari – Kuasa Usaha Kedutaan Amerika Syarikat Edgard Kagan baru-baru ini melancarkan program Melatih Jurulatih tentang “Kemahiran Hidup melalui Sukan Amerika” oleh Yayasan ASA di Yayasan Dignity for Children. Lebih daripada 50 orang menghadiri majlis pelancaran program ini termasuk jurulatih dan pelajar dari yayasan Dignity. Program yang dibiayai oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala ...
Baca Selanjutnya»

Kedutaan A.S. Ucap Selamat Jalan kepada Pelajar YES 2016

Empat puluh lima pelajar Malaysia berlepas minggu depan untuk menghabiskan satu semester di sekolah menengah di seluruh Amerika Syarikat. Mereka akan mengalami kehidupan sebagai pelajar, belajar tentang masyarakat Amerika, dan mendapat kawan baharu. Pegawai Hal Ehwal Awam Kedutaan A.S. Frank Whitaker menjadi tuan rumah kepada semua 45 orang pelajar di rumahnya untuk makan tengah hari ...
Baca Selanjutnya»

Pelajar Malaysia di Amerika Syarikat meningkat sebanyak 6% pada 7,231

Kemasukan pelajar antarabangsa meningkat 10 peratus pada hampir satu juta Laporan Open Doors mengenai Pertukaran Pendidikan Antarabangsa 2015 mendapati bahawa 7,231 pelajar Malaysia menghadiri kolej atau universiti di Amerika Syarikat pada tahun akademik 2015/15, peningkatan 6 peratus berbanding tahun sebelumnya.  Malaysia adalah negara ke-22 utama dalam kalangan pelajar antarabangsa di Amerika Syarikat.  Pelajar dari Malaysia ...
Baca Selanjutnya»

Selamat Datang Sudut Lincoln Perak!

Pada 9 September, Timbalan Ketua Misi Kedutaan Amerika Syarikat (DCM) Edgard Kagan dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni, Budaya, Komunikasi dan Multiimedia Negeri Perak YB Dato’ Nolee Ashilin Mohamed Radzi merasmikan bersama majlis pelancaran Sudut Lincoln Perak di Perpustakaan Komuniti 1Malaysia, UTC Perak. Lebih 70 orang, termasuk pelajar sekolah dan guru, pegawai kerajaan negeri Perak, wakil ...
Baca Selanjutnya»

Pelajar Amerika Bersedia untuk Program YES 2015

Selamat Datang! Lima orang pelajar sekolah tinggi Amerika memulakan program Pertukaran Belia dan Pendidikan (YES) Kennedy-Lugar mereka selama 10 bulan minggu ini.  Dalam program ini, pelajar akan tinggal bersama keluarga angkat di Malaysia dan menghadiri Tingkatan Empat di sekolah menengah di seluruh Negeri Sembilan dan Selangor. Rakan kongsi program tempatan, AFS Antarabudaya Malaysia , menganjurkan program orientasi ketibaan selama 4 hari untuk pelajar ini ...
Baca Selanjutnya»

ETA Kendali Kem Belia Olimpik Persahabatan Sudut Lincoln Kedah

Empat belas Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) di Kedah dan Perlis mengendalikan kem sukan bertemakan Bahasa Inggeris, Olimpik Persahabatan, dengan kerjasama Perpustakaan Awam Kedah pada 17 Jun.  Amy Mon, ETA dari SMK Alor Merah, menganjurkan acara ini untuk 64 pelajar yang bersemangat dari 7 sekolah menengah di Kedah.  Pelajar membuang rasa malu mereka dengan sesi ...
Baca Selanjutnya»

Sudut Lincoln Kedah Pamer Kaedah Pengajaran Bahasa Inggeris Kreatif ETA

Pada satu bengkel yang bertajuk “Bagaimana Mengajar Bahasa Inggeris Secara Kreatif,” Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) Fulbright Kathryn Kasten dan Amy Mon berkongsi kepakaran mereka dengan 14 orang guru Bahasa Inggeris tempatan dari sekolah menengah Alor Setar, di Kedah.  Dengan membentangkan teori dan menggabungkan klip video, komik, teknik peta minda, dan memainkan peranan interaktif, ETA ...
Baca Selanjutnya»

Pelancaran Geran Fulbright-MCMC

Timbalan Ketua Perwakilan (DCM) Edgard Kagan telah menghadiri majlis rasmi pelancaraan Geran Baru Fulbright-SKMM di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).  DCM Kagan menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) antara Pengerusi SKMM, Datuk Seri Dr Halim Shafie, dan Dr Jim Coffman, Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Malaysia-Amerika bagi Pertukaran Pendidikan (MACEE). Perjanjian baru menyediakan sehingga RM 5 juta ...
Baca Selanjutnya»

Timbalan Ketua Perwakilan Edgard Kagan Berucap di Pameran Pendidikan Univerisiti A.S. Tahunan

Timbalan Ketua Perwakilan Edgard Kagan berucap di hadapan lebih 1,100 pelajar dan ibu bapa di Pameran EducationUSA di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.  Kagan menekankan kebolehmampuan dan fleksibiliti sistem universiti Amerika Syarikat.  Selepas berucap, beliau melawat dewan pameran yang menempatkan hampir 40 wakil dari universiti A.S., menjawab soalan dan memberikan maklumat kepada bakal pelajar.  ...
Baca Selanjutnya»

YTL Sumbang Komputer Kepada Pembantu Guru Bahasa Inggeris Fulbright

YTL Communications telah menyumbang 100 komputer riba Chromebook dengan 4G dan pakej internet kepada 100 orang Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) Fulbright A.S. yang akan mengajar di beberapa buah sekolah di seluruh Malaysia pada tahun ini. Pembantu Guru Bahasa Inggeris ini baru sahaja tiba di Malaysia untuk berkhidmat di pelbagai sekolah di Terengganu, Pahang, Perak, ...
Baca Selanjutnya»

Pejabat Hal Ehwal Awam Ucap Selamat Jalan kepada Pelajar YES

Kaunselor Hal Ehwal Awam Frank Whitaker telah menganjurkan majlis perpisahan untuk 45 orang pelajar program Pertukaran Pelajar Kennedy Lugar (YES) bersama-sama dengan pentadbir program Antarabudaya (AFS) Malaysia dan alumni YES.  Lulusan sekolah menengah dari seluruh Malaysia ini berkumpul untuk kali terakhir di Kuala Lumpur dalam program orientasi pra-berlepas selama tiga hari sebelum berlepas ke Amerika ...
Baca Selanjutnya»

Lebih 350 pelajar bersiap sedia untuk belajar di Amerika!

Pada 13 Januari, lebih 350 pelajar telah mengambil bahagian dalam bengkel sehari ‘See YOU in the USA’ yang dianjurkan oleh Kedutaan A.S., Suruhanjaya Malaysia Amerika bagi Pertukaran Pendidikan (MACEE), dan Kolej INTEC di Shah Alam.  Penasihat MACEE Manyoke Moke membimbing pelajar menulis kenyataan peribadi dan berbincang strategi untuk menjadi pelajar antarabangsa yang berjaya.  Penerima anugerah ...
Baca Selanjutnya»

Pembantu Guru Bahasa Inggeris Fulbright 2015

Suruhanjaya Malaysia-Amerika bagi Pertukaran Pendidikan (MACEE) mengalu-alukan 100 rakyat Amerika daripada 35 negeri dan District of Columbia yang tiba di Malaysia untuk berkhidmat sebagai Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) Fulbright di sekolah-sekolah menengah kebangsaan bagi tahun persekolahan 2015.  Mereka akan ditempatkan di bandar kecil dan kawasan pedalaman di Kelantan, Kedah, Pahang, Perak, Perlis, Terengganu, Sabah dan Sarawak.  Mereka adalah kumpulan ...
Baca Selanjutnya»

Sudut Lincoln Anjur “Fun English Conversational Hours” untuk Pelajar di Seberang

Pada 19 Ogos, Sudut Lincoln Pulau Pinang telah menganjurkan program “Fun English Conversational Hours” kepada 65 pelajar dan guru dari sekolah-sekolah di Seberang Jaya, Pulau Pinang.  Pegawai Akhbar Kedutaan A.S. Drake Weisert memperkenalkan pelajar kepada kepelbagaian budaya Amerika Syarikat yang kaya melalui persembahan multimedia, latihan bertutur dan mendengar, simpulan bahasa dan muzik terpilih.  Pelajar turut ...
Baca Selanjutnya»

Selamat Tinggal Dr. George Iber!

Walau pun hampir menamatkan tugas beliau selama 10 bulan bersama Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) di Kementerian Pendidikan, Felo Kanan Bahasa Inggeris Dr. George Iber terus menyampaikan ceramah dan mengendalikan bengkel dengan peserta-peserta Malaysia. Dr. Iber ialah ahli panel di Festival Cooler Lumpur tahunan kedua, yang dibiayai oleh geran Jabatan Hal Ehwal Awam di Kedutaan ...
Baca Selanjutnya»

Sudut Lincoln Melaka Promosi E-Library USA

Pada 15 Mei, 20 orang guru dan pustakawan dari sekolah dan Perpustakaan Awam Negeri Melaka menghadiri bengkel khas mengenai “Literasi Maklumat: Memanfaatkan Kuasa E-Library USA” yang dianjurkan di Sudut Lincoln.  Pustakawan Rujukan Pusat Sumber Lincoln Nurha Matrang memperkenalkan para peserta kepada pangkalan data percuma dan mengajar mereka bagaimana untuk mencari artikel mengenai pelbagai topik seperti ...
Baca Selanjutnya»

Duta Besar Yun Melawat Sekolah ETA di Kuching

Pada 5 Februari 2014, Duta Besar A.S. Joseph Yun dan isteri Dr. Melanie Billings-Yun melawat Sekolah Menengah Bandar Samariang Kuching di mana ETA Alexandra Mills ditempatkan.  Duta Besar Yun dan isterinya menerima sambutan hangat daripada pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Kuching termasuk Pengarah Pelajaran Negeri Kuching, Pengetua SMK Bandar Samariang, pegawai sekolah, dan para pelajar yang ...
Baca Selanjutnya»

Malaysia Mengalukan Kumpulan Baru 100 Pembantu Guru Bahasa Inggeris Fulbright

Pada 13 Januari, Duta Besar Joseph Yun telah menganjurkan majlis mengalu-alukan kumpulan baru 100 Pembantu Guru Bahasa Inggeris Fulbright (ETA) di kediamannya.  Majlis itu dihadiri oleh pegawai-pegawai utama daripada Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk Ketua Setiausaha Datuk Dr Madinah binti Mohamad dan Ketua Pengarah Khair Mohamad Yusof, Pengarah Eksekutif MACEE James Coffman, ahli-ahli Lembaga Pengarah MACEE, ...
Baca Selanjutnya»
Selanjutnya ∨