Pada 11 Mac, 15 tenaga pengajar bahasa Inggeris Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya menyelesaikan kursus dalam bengkel kemahiran pengajaran instruksional maya selama 4 minggu yang dipimpin oleh Pakar Bahasa Inggeris Michael Herndon. Sepanjang program itu, semua peserta berpeluang mempraktikkan metodologi pengajaran baharu mereka melalui demonstrasi pengajaran. Berdasarkan tinjauan penilaian yang dijalankan, 100% peserta sangat setuju …
Baca Selanjutnya»
Oleh U.S. Embassy Malaysia | 31 Mac, 2021 | Kategori: Berita, Pembelajaran Bahasa Inggeris, Pendidikan
23 Mac, Felo Bahasa Inggeris Lynn Nakazawa mengadakan kelas Komunikasi Bahasa Inggeris pertamanya untuk 40 kadet tentera Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Objektif keseluruhan projek tiga bulan ini adalah untuk mengembangkan kemampuan kadet untuk berfikir secara kritis dan memberi penyampaian lisan dalam bahasa Inggeris. Kursus ini juga mengajar para kadet mengenai pembinaan keyakinan, persiapan bantuan visual, dan pengurusan kelas. …
Baca Selanjutnya»
Oleh U.S. Embassy Malaysia | 25 Mac, 2021 | Kategori: Hal Ehwal Awam, Pembelajaran Bahasa Inggeris, Pendidikan
Program Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) Fulbright ialah program pertukaran yang membawa 100 orang belia Amerika ke Malaysia setiap tahun di mana mereka bekerjasama dengan rakyat Malaysia di seluruh negara untuk mengajar bahasa Inggeris melalui program yang sangat kreatif.
Baca Selanjutnya»
Oleh U.S. Embassy Malaysia | 16 Mac, 2021 | Kategori: A.S. dan Malaysia, Berita, Hal Ehwal Awam, Pembelajaran Bahasa Inggeris, Video | Tags: KST
Pada 26 Februari, Felo Bahasa Inggeris Maya (VELF) Maren Mitchell mengadakan kelas penguasaan bahasa Inggeris pertamanya untuk 22 pegawai APMM. Dengan peralihan kepada format maya, empat pegawai dari Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) yang berpusat di Kuantan, Pahang, juga dapat mengikuti kelas tersebut bersama rakan-rakan mereka dari ibu pejabat APMM yang terletak di Cyberjaya. Projek 10 minggu ini …
Baca Selanjutnya»
Oleh U.S. Embassy Malaysia | 4 Mac, 2021 | Kategori: Hal Ehwal Awam, Pembelajaran Bahasa Inggeris, Pendidikan | Tags: Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah, APMM, Cyberjaya
Pada 17 Februari, Pakar Bahasa Inggeris, Michael Herndon melancarkan bengkel kemahiran pengajaran instruksional maya yang pertama untuk 17 tenaga pengajar bahasa Inggeris Angkatan Tentera Malaysia (MAF) , dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Awam Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur. Siri bengkel yang sangat interaktif ini akan diadakan setiap minggu selama 6 jam seminggu hingga 11 Mac 2021. Tujuan projek ini …
Baca Selanjutnya»
Oleh U.S. Embassy Malaysia | 22 Februari, 2021 | Kategori: Berita, Hal Ehwal Awam, Pembelajaran Bahasa Inggeris, Pendidikan | Tags: Angkatan Tentera Malaysia
Minggu lepas, Felo Bahasa Inggeris Lynn Nakazawa menganjurkan satu lagi kelas bahasa Inggeris yang disokong Kerajaan A.S. dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) . Pegawai-pegawai APMM berlatih dengan memperkenalkan diri, menyatakan apa yang mereka suka, dan membincangkan tabiat dan tindakan harian melalui aktiviti yang memberi tumpuan dan interaktif. Lebih banyak gambar di laman Flickr U.S. Embassy Kuala Lumpur .
Baca Selanjutnya»
Oleh U.S. Embassy Malaysia | 3 Mac, 2020 | Kategori: Hal Ehwal Awam, Pembelajaran Bahasa Inggeris, Pendidikan | Tags: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Felo Bahasa Inggeris
Kedutaan AS di Kuala Lumpur menganjurkan latihan guru Access serantau pertama di Pulau Pinang dari 3 hingga 7 Disember 2019. Dianjurkan oleh penyedia Access, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), bengkel ini mengumpulkan 13 guru dari Burma, Malaysia dan Thailand. Bengkel interaktif selama empat hari ini merupakan fasa susulan daripada program pembangunan profesional dalam …
Baca Selanjutnya»
Oleh U.S. Embassy Malaysia | 13 Disember, 2019 | Kategori: Berita, Pembelajaran Bahasa Inggeris, Pendidikan, Sudut Amerika | Tags: Guru Access, Pulau Pinang
Pakar Bahasa Inggeris (ELSpec) Marsha Chan, seorang pengarang dan perunding di Sunburst Media di California, telah mengadakan siri bengkel latihan guru di Johor dan Sabah dari 23 hingga 28 Januari 2019. Program yang ditaja oleh Kedutaan A.S. melalui kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia, Kolej Vokasional Keningau dan Pejabat Pelajaran Negeri Johor dan Sabah ini memberi …
Baca Selanjutnya»
Oleh U.S. Embassy Malaysia | 31 Januari, 2019 | Kategori: Acara, Berita, Hal Ehwal Awam, Pembelajaran Bahasa Inggeris, Pendidikan
Pegawai Hal Ehwal Kebudayaan (CAO) Michael Quinlan bersama Ustaz Abu Bakar bin Mat Saad, Pengarah Kanan Pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), melancarkan kohort kedua Program English Access Microscholarship Kedutaan di Sekolah Menengah Agama Rompin di Pahang pada 13 Oktober 2017. Kira-kira 80 orang menghadiri pelancaran tersebut, termasuk pelajar Access, ibu bapa, guru, alumni Access …
Baca Selanjutnya»
Oleh U.S. Embassy Malaysia | 14 Oktober, 2017 | Kategori: A.S. dan Malaysia, Berita, Hal Ehwal Awam, Kedutaan, Pembelajaran Bahasa Inggeris, Pendidikan | Tags: JAIP, microscholarship, Public Affairs
Alumni SEAYLP Lutfi Amri dari Universiti Sains Malaysia mengendalikan kem bahasa Inggeris untuk lebihvdaripada 60 pelajar dari SMK Permaisuri Nur Zahirah, SMK Tengku Mahmud dan SMK Tengku Mahmud 2 di Demong Beach Resort di Besut, Terengganu. Kem yang dikenali sebagai House of Pumpkin Alpha ini ditaja oleh Kedutaan A.S. Kuala Lumpur dan berlangsung selama 3 …
Baca Selanjutnya»
Oleh U.S. Embassy Malaysia | 26 Ogos, 2017 | Kategori: A.S. dan Malaysia, Pembelajaran Bahasa Inggeris, Pendidikan, Seni & Budaya | Tags: Besut, Kem, Pumpkin Alpha, Terengganu
Pada 28 Julai, Kedutaan menyambut kedatangan graduan kem Pengucapan Awam MOOC (Massive Open Online Course) untuk mengiktiraf kejayaan mereka melengkapkan kursus. Enam graduan Kem MOOC yang pertama diadakan di Sudut Lincoln Kuala Lumpur menerima sijil dan berkongsi pendapat mereka tentang MOOC. MOOC, yang disediakan oleh Universiti Washington dengan kerjasama Coursera dan Jabatan Negara A.S., diselaraskan bersama …
Baca Selanjutnya»
Oleh U.S. Embassy Malaysia | 29 Julai, 2016 | Kategori: Pembelajaran Bahasa Inggeris, Pendidikan
Pada 22 Jun, Felo Bahasa Inggeris Fulbright (ELF) Emily Jones menyampaikan program bahasa Inggeris selama setengah hari bertajuk “Speak Up in English” di Sudut Lincoln Melaka kepada kira-kira 80 pelajar sekolah menengah. Jones memperkenalkan geografi A.S. kepada peserta sambil menggalakkan mereka terlibat dalam perbincangan menggunakan gambarnya di Amerika Syarikat. Dalam satu lagi segmen, peserta membaca …
Baca Selanjutnya»
Oleh Kedutaan A.S. Malaysia | 23 Jun, 2016 | Kategori: Pembelajaran Bahasa Inggeris
Pada 18 Jun, Felo Bahasa Inggeris Christa Bixby dan Emily Jones mengadakan persidangan tentang Pengajaran Bahasa Inggeris 2016 di Universiti Antarabangsa UNITAR (UNITAR) di Kelana Jaya, Selangor. Persidangan selama satu hari bertajuk “Thriving Classrooms: Inspirational Practices to Create Dynamic English Language Learning Environments” dihadiri oleh lebih 150 profesional bahasa Inggeris di seluruh Malaysia. Matlamat persidangan …
Baca Selanjutnya»
Oleh Kedutaan A.S. Malaysia | 20 Jun, 2016 | Kategori: Pembelajaran Bahasa Inggeris, Pendidikan
Click! 5.0 adalah program keusahawanan sosial intensif yang penuh dengan aktiviti bertujuan melengkapkan 150 pelajar luar bandar dan pinggir bandar dengan kemahiran keusahawanan untuk menangani isu sosial dalam komuniti mereka. Kem Click! tahun ini disertai oleh pelajar yang berumur di antara 14-16 tahun dari 30 sekolah menengah di Perak, Kelantan, Selangor, Perlis, Pulau Pinang, Kedah, …
Baca Selanjutnya»
Oleh Hisham Selamat | 9 Mei, 2016 | Kategori: Pembelajaran Bahasa Inggeris | Tags: Click!, Klik!
Pada 24 April iaitu hari terakhir Kem Klik! 5.0 di Kota Bharu, Kelantan, Timbalan Ketua Perwakilan Edgard Kagan menghadiri Kem Klik! 5.0 sebagai salah seorang panel hakim semasa sesi akhir mempromosikan idea. Dianjurkan oleh Institut Pemerkasaan dan Pembangunan Kepimpinan (LEAD), Kem Klik! adalah kem intensif interaktif selama 3 hari tentang pendidikan berkesan yang mengumpulkan pelajar …
Baca Selanjutnya»
Oleh Kedutaan A.S. Malaysia | 25 April, 2016 | Kategori: Pembelajaran Bahasa Inggeris, Timbalan Ketua Perwakilan | Tags: Klik!
Pada 18 April, Ketua Imam Kelantan membuka program bahasa Inggeris Sudut Lincoln dengan menekankan kepentingan mempelajari bahasa Inggeris. Ini diikuti dengan program yang melibatkan Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) Fulbright Kiranjit Kaur dan Jake Klingensmith dan jurulatih bahasa dan kepimpinan Khidar Abdullah serta kira-kira 40 pelajar sekolah menengah Kelantan yang berumur 16-17 tahun (kebanyakannya dari …
Baca Selanjutnya»
Oleh Hisham Selamat | 19 April, 2016 | Kategori: Pembelajaran Bahasa Inggeris | Tags: Sudut Lincoln
Pada 16 April, Abdul Qayyum Jumadi, pengasas Englishjer (nama dalam media sosial yang mensasarkan beratus-ratus belia Malaysia yang berminat dalam meningkatkan bahasa Inggeris dan aktiviti lain yang berkaitan), dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat dan Sudut Lincoln di Perpustakaan KL, menganjurkan Kem MOOC (Massive Open Online Course) atau kursus terbuka dalam talian tentang pengucapan awam. Kursus …
Baca Selanjutnya»
Oleh Kedutaan A.S. Malaysia | 16 April, 2016 | Kategori: Pembelajaran Bahasa Inggeris
Duta Besar Amerika Syarikat Joseph Yun menyambut 100 Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) Fulbright di kediamannya di Kuala Lumpur dalam majlis resepsi sebelum mereka berlepas ke sekolah masing-masing di seluruh Malaysia. Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof turut menghadiri majlis ini. Kesemua 100 anak muda Amerika ini akan menghabiskan masa …
Baca Selanjutnya»
Oleh Kedutaan A.S. Malaysia | 20 Januari, 2016 | Kategori: Acara Sorotan, Duta Besar, Pembelajaran Bahasa Inggeris