Selamat Hari Kesyukuran daripada Kedutaan Amerika Kuala Lumpur!

Kedutaan Amerika Syarikat dan Jabatan Pertanian A.S. (USDA) sangat gembira berkenaan ayam belanda #halal yang disahkan oleh Jakim kini boleh didapati di pasar raya tempatan di #Malaysia. Ayam belanda berasal dari Amerika Syarikat dan kami berasa bertuah jika anda membeli produk #Amerika berkualiti tinggi dan ikonik ini… dan jika anda membeli burung yang lazat ini, ...
Baca Selanjutnya»

Hari Toleransi Antarabangsa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waytha Moorthy dan Duta Besar Lakhdhir mengetuai kumpulan pemimpin pelbagai agama melawat kuil Hindu, kuil Buddha, gereja Katolik, kuil Tao dan masjid di kawasan Sentul Kuala Lumpur pada 8 November untuk menggalakkan kebebasan beragama, kepelbagaian, dan toleransi. • 首相署部长瓦塔慕迪及雷荷花大使在11月8日率领一群宗教领袖参观在吉隆坡冼都社区的兴都庙、佛堂、天主教堂、道所及伊斯兰教堂,并推广宗教自由、包容及和谐的价值观。 • நாட்டு மக்களிடையே மத நல்லினக்கத்தை மேம்படுத்தவும், புரிந்துணர்வை வளர்ப்பதற்கும் பிரதமர் துறை அமைச்சர் ...
Baca Selanjutnya»

Duta Besar Lakhdhir Memberi Ucapan Utama di Persidangan HPAIR

Pada 16 Ogos, Duta Besar Lakhdhir dijemput untuk menyampaikan ucapan utama dalam Majlis Pembukaan Persidangan Projek Harvard untuk Hubungan Asia dan Antarabangsa (HPAIR) 2018. Persidangan HPAIR Asia adalah usaha kerjasama antara pelajar di Harvard dengan jawatankuasa penganjur negara tuan rumah di Asia. Tahun ini, tema persidangan ialah “Sustainable Disruption”. Semasa upacara pembukaan, Duta Besar Lakhdhir ...
Baca Selanjutnya»

Duta besar Lakhdhir memberi inspirasi kepada lebih 300 pelajar ETA dalam Simposium Projek Pelajar di Kuala Lumpur

Pada 29 September, Duta Besar Lakhdhir menyampaikan ucaptama dalam Simposium Projek Pelajar di Universiti Malaya. Beliau menyentuh tentang kreativiti dalam bidang keusahawanan dan menggalakkan para pelajar untuk mengenal pasti jalan penyelesaian masalah dan melaksanakan projek yang akan memberi manfaat kepada masyarakat. Projek Pelajar adalah program yang ditaja Kedutaan A.S. Kuala Lumpur dan dianjurkan Junior Achievement dengan diterajui ...
Baca Selanjutnya»

Selamat Hari Deepavali daripada Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur

Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dan Duta Besar Kamala Shirin Lakhdhir berbangga dapat bersama rakyat Malaysia meraikan “Festival Cahaya”. Video menampilkan kakitangan Kedutaan Amerika dan Malaysia dan mengetengahkan kepelbagaian yang menjadi kekuatan utama budaya A.S. dan Malaysia. Deepavali meraikan kejayaan cahaya ke atas kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, pengetahuan mengatasi kejahilan, dan harapan mengatasi putus ...
Baca Selanjutnya»

Selamat Hari Malaysia

Duta Besar Lakhdhir dan seluruh pasukan Kedutaan A.S. di Kuala Lumpur mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakan kami di seluruh negara yang hebat ini. Dari Timur hingga Barat, semangat perpaduan anda menjadi inspirasi. 雷荷花大使和美国驻吉隆坡大使馆团队祝这个伟大的国家及其国民马来西亚日快乐。 你们万众一心的团结精神为我们带来启发。 மலேசியா வாழ் அனைத்து மக்களுக்கும் எங்களின் மனமுவர்ந்த மலேசிய தின வாழ்த்துகளை தெரிவித்துக்கொள்கிறோம். கிழக்கு இருந்து மேற்குவரை உங்கள் ஒற்றுமை உத்வேகத்தை உணர்த்துகிறது. – தூதர் லக்டீர் மற்றும் அமேரிக்க தூதரகம்-
Baca Selanjutnya»

Selamat Hari Merdeka dari U.S. Embassy Kuala Lumpur!

Kedutaan Amerika Syarikat dan Duta Besar Kamala Shirin Lakhdhir ingin mengucapkan tahniah kepada Malaysia atas Hari Kemerdekaan yang ke-61! • 美国大使馆和雷荷花大使祝贺大马欢庆61周年独立! • மலேசியாவின் 61வது ‘மெர்டேக்கா’ தினத்தை முன்னிட்டு, தூதர் கமலா ஷிரின் லக்டீர் மற்றும் அமேரிக்கத் தூதரகமும் எங்களின் மனமுவர்ந்த வாழ்த்துகளை தெரிவித்துக்கொள்கிறோம். • Original Songwriter: CB Ahmad
Baca Selanjutnya»

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Kedutaan Amerika Kuala Lumpur

Daripada Duta Besar Lakhdhir dan seluruh pasukan di Kedutaan A.S. di Kuala Lumpur, Selamat Hari Raya! From Ambassador Lakhdhir and the entire team at the U.S. Embassy in Kuala Lumpur, Selamat Hari Raya! தூதர் லக்டீர் மற்றும் கோலாலம்பூரிலுள்ள அமேரிக்கத் தூதரகத்தின் முழு அணியிலிருந்தும், செலாமாட் ஹரி ராயா நல்வாழ்த்துகள்! 来自吉隆坡美国大使馆的美国驻马大使雷荷花与大使馆员,祝福各位马来同胞开斋节快乐
Baca Selanjutnya»

Perjumpaan Duta Besar Lakhdhir bersama Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Muhammad

Duta Besar Lakhdhir bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Muhammad hari ini di Yayasan Kepimpinan Perdana. “Saya gembira bertemu dengan Perdana Menteri dan mengucapkan tahniah kepada beliau dan Pakatan Harapan atas kemenangan bersejarah ini. Kami harap dapat bekerja bersama Perdana Menteri dan cabinet yang baru dilantik bagi kerajaan baru ini.” – Duta Besar Lakhdhir
Baca Selanjutnya»

Ramadan Mubarak!

Ucapan Selamat Berpuasa daripada Duta Besar Amerika ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir Saya ingin mengucapkan masyarakat Islam di Malaysia, Amerika Syarikat dan seluruh dunia mendapat kerahmatan bulan mulia ini. Ini masa gembira berkumpul bersama keluarga dan rakan sambil mengingatkan kita tentang perubahan yang kita mahu buat untuk hidup kita, masyarakat dan dunia. Ramadan mengingatkan bahawa ...
Baca Selanjutnya»

100 pembantu guru bahasa Inggeris Fulbright memulakan tugasan mengajar selama 10 bulan di Malaysia

Duta Besar Lakhdhir mengalu-alukan 100 pembantu guru bahasa Inggeris (ETA) Fulbright yang ditugaskan ke negeri Terengganu, Pahang, Kedah, Kelantan, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak dan Melaka yang merupakan negeri yang baru ditambah, semasa majlis sambutan di kediamannya pada 11 Januari 2018. Selain membantu pengajaran bahasa Inggeris di sekolah, ETA akan menjalankan pelbagai aktiviti berbahasa Inggeris seperti ...
Baca Selanjutnya»

Pameran Pendidikan A.S. di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur

EducationUSA Malaysia pada 28 Februari dan 4 Mac menganjurkan dua pameran universiti di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kedua-dua pameran itu adalah sebahagian daripada Siri Pameran EducationUSA Asia Tenggara yang lebih besar yang dijadualkan berlangsung hingga pertengahan Mac di rantau ASEAN. Di Pulau Pinang, 28 universiti menyertai pameran ini. Pegawai Hal Ehwal Awam dari Kedutaan ...
Baca Selanjutnya»

Kedutaan A.S. Kuala Lumpur mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina

恭喜发财! Selamat Tahun Baru Cina! சீனப் புத்தாண்டு நல்வாழ்த்துக்கள்! Ambassador Kamala Shirin Lakhdhir and the entire U.S. Embassy community wish everyone Happy Chinese New Year! 🐶 🎍👲🏮🥡🥢💰🍃🎇🎆🇺🇸🇲🇾 #USAmbMY #USEmbMY #Malaysia #USA #America #ChineseNewYear #LunarNewYear #TahunBaruCina #GongXiFaCai
Baca Selanjutnya»

Duta Besar Lakhdhir melawat Kedah

Pada lawatan rasmi pertamanya ke Kedah, Duta Besar Lakhdhir telah bertemu dengan Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Putera Mahkota Tunku Sarafuddin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin di Istana Anak Bukit. Duta Besar Lakhdhir juga telah membut kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Dato ‘Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan ...
Baca Selanjutnya»

Selamat Tahun Baru 2018 daripada Kedutaan A.S. Kuala Lumpur

Tahun 2017 akan melabuhkan tirainya. Duta Besar Kamala Shirin Lakhdhir dan seluruh pasukan di Kedutaan A.S. di Kuala Lumpur ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan dan rakan kongsi Malaysia kami untuk tahun yang hebat ini. Kami tidak sabar untuk meneruskan kerja bersama pada 2018 dan seterusnya. • • • • • As 2017 draws to ...
Baca Selanjutnya»

Hari Toleransi Antarabangsa

Dengan semangat kerjasama antaragama dan persefahaman menjelang Hari Toleransi Antarabangsa, Duta Besar Kamala Shirin Lakhdhir mengetuai sekumpulan pemimpin agama Malaysia melakukan “Harmony Walk” ke Masjid Negara dan beberapa rumah ibadat di Brickfields di Kuala Lumpur. Harmony Walk menzahirkan kepelbagaian tradisi keagamaan Malaysia. ••••• In the spirit of interfaith cooperation and understanding ahead of the International ...
Baca Selanjutnya»

Terima kasih dan selamat jalan kepada ETA!

Pada 31 Oktober, Duta Besar Lakhdhir menganjurkan majlis mengucapkan selamat tinggal di kediamannya untuk 98 Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) Fulbright yang telah menyelesaikan tugasan 10 bulan di pelbagai sekolah di seluruh Malaysia. Dalam ucapannya, Duta Besar Lakhdhir memuji ETA atas sumbangan penting mereka terhadap hubungan yang lebih baik antara A.S. dan Malaysia dan impak ...
Baca Selanjutnya»

Selamat Hari Deepavali dari Kedutaan A.S. Kuala Lumpur

Deepavali mengingatkan kita akan kemenangan cahaya atas kegelapan, ilmu atas kejahilan dan kebaikan atas kejahatan. Duta Besar Kamala Shirin Lakhdhir dan semua warga Kedutaan A.S. mengucapkan Deepavali Valthukal kepada semua! ———- இருள் என்ற தீமையை ஒளி என்கிற நன்மை அழித்து, அறிவு அறியாமையை வென்று, தீமையை நன்மை வெல்வதே தீபாவளியின் மகத்துவம். தூதர் கமலா ஷிரின் லக்தீர் மற்றும் கோலாலம்பூர் அமெரிக்கத் தூதரகத்தின் ஊழியர்கள் ...
Baca Selanjutnya»

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan daripada Kedutaan A.S., Kuala Lumpur

Bagi pihak rakyat Amerika Syarikat, saya dengan sukacitanya mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia untuk 60 tahun Kemerdekaan. 2017 juga menandakan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala antara A.S. dan Malaysia. Kami bangga menerima Malaysia yang merdeka sejak ia mula ditubuhkan pada 1957. Malah sebelum itu, negara kita berkongsi usahasama yang berkekalan. Hubungan perdagangan kita juga ...
Baca Selanjutnya»

Setiausaha Negara A.S. Rex Tillerson Melawat Kuala Lumpur

Selamat datang! Welcome! 欢迎! நல்வரவு! Setiausaha Negara Rex Tillerson tiba di Kuala Lumpur hari ini untuk lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia, sambil meraikan 60 tahun kemerdekaan Malaysia. Tahun 2017 juga menandakan hubungan diplomatik A.S.-Malaysia selama 60 tahun. A.S. bangga dengan usahasama berpanjangan bersama rakyat Malaysia. • Foto daripada lawatan • Foto daripada lawatan • Laman Facebook Kedutaan A.S. di Kuala Lumpur • Lembaran Fakta: Amerika Syarikat dan ASEAN: Asas Kukuh dan Masa Depan yang Cerah
Baca Selanjutnya»

Duta Besar Kamala Shirin Lakhdhir Berucap di Majlis Graduasi Taylor

Pada 29 Julai 2017, Duta Besar Kamala Shirin Lakhdhir memberikan ucapan di majlis graduasi Program Ijazah Amerika Taylor’s University. Duta Besar berucap di hadapan 191 graduan, yang baru sahaja menamatkan pengajian selama dua tahun di Taylor dan merancang untuk meneruskan pengajian di institusi luar negara, termasuk di universiti A.S., Kanada, Australia dan New Zealand. Beliau ...
Baca Selanjutnya»

Ulang Tahun ke-241 Kemerdekaan Amerika Syarikat

Hampir 800 tetamu dari seluruh Malaysia berkumpul untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan Amerika ke-241. Mereka memenuhi dewan besar di InterContinental Hotel Kuala Lumpur pada Rabu, 5 Julai. Acara kemuncak sambutan “4 Julai” anjuran kedutaan itu termasuk ucapan oleh Duta Besar Kamala Shirin Lakhdhir dan tetamu kehormat, YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan , Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dengan sokongan lebih 45 syarikat Amerika ...
Baca Selanjutnya»

Lawatan Kedua Duta Besar Lakhdhir ke Sabah

Duta Besar Lakhdhir melawat Sabah buat kali kedua pada 4-5 Mei 2017. Beliau mengunjungi Hospital Wanita dan Kanak-Kanak di Likas semasa lawatan tersebut. Duta Besar juga memberi ucapan di majlis makan tengah hari untuk kumpulan wanita L.E.A.N, dan melawat Taman Hidupan Liar Lok Kawi untuk melihat gajah bernama Joe yang diselamatkan oleh kakitangan Jabatan Hidupan ...
Baca Selanjutnya»

Duta Besar Lakhdhir Melawat Sarawak

Duta Besar Lakhdhir membuat lawatan rasmi pertama beliau ke Sarawak pada 20-23 April 2017. Beliau melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Semerah Padi untuk bertemu dengan pelajar, guru, dan Pembantu Guru Bahasa Inggeris Fulbright Jay Sullivan. Beliau mengunjungi Pusat Hidupan Liar Semenggoh dan Pusat Biodiversiti Sarawak untuk membincangkan pemuliharaan alam sekitar. Di Sarawak, beliau juga bertemu dengan ...
Baca Selanjutnya»

Duta Besar Lakhdhir Melawat Sabah

Duta Besar Lakhdhir melaku lawatan rasmi pertama beliau ke Sabah pada 1-5 April 2017. Beliau telah melawat Pusat Pemuliharaan Orangutan Sepilok , Pusat Pemuliharaan Beruang Madu Borneo , Pusat Penemuan Hutan Hujan dan Pusat Lapangan Danau Girang di Sandakan. Di Kota Kinabalu, Duta Besar bertemu dengan Menteri Luar Dato’ Sri Anifah Aman, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, dan Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun. Lawatan ...
Baca Selanjutnya»

Duta Besar ke Langkawi untuk LIMA 2017

Duta Besar Kamala Shirin Lakhdhir melawat Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) pada 20 hingga 22 Mac 2017. Semasa di Langkawi beliau melawat beberapa syarikat A.S. yang mempunyai ruang pameran di Pavilion A.S., termasuk Boeing , Lockheed Martin , MD Helicopters , Honeywell Aerospace , General Atomics Aeronautical Systems , L3 Wescam , dan  FLIR Systems . Duta Besar Lakhdhir juga melawat pesawat Tentera Laut  and Udara A.S. yang dipamerkan. Tentera Laut ...
Baca Selanjutnya»

Duta Besar Lakhdhir Melawat Pulau Pinang

Duta Besar Kamala Shirin Lakhdhir melakukan lawatan rasmi pertama beliau ke Pulau Pinang pada 6 hingga 8 Mac 2017.  Lawatan ini memberi peluang kepada beliau untuk mengunjungi syarikat A.S., bertemu dengan pegawai kerajaan dan persatuan sivil, dan juga menikmati budaya masyarakat di Pulau Pinang.  Duta Besar Lakhdhir melawat beberapa syarikat A.S. seperti Intel, yang telah ...
Baca Selanjutnya»

Duta Besar Kamala Shirin Lakhdhir Lawat Tapak Kebudayaan di Kuala Lumpur

Duta Besar Kamala Shirin Lakhdhir melawat beberapa tapak kebudayaan penting di Kuala Lumpu bersama kakitangan kedutaan warga Malaysia pada minggu pertama beliau berada di negara ini. Tapak kebudayaan ini termasuk Dataran Merdeka, Masjid Wilayah, Tokong Guan Di, dan Batu Caves.
Baca Selanjutnya»

Program Pembantu Guru Bahasa Inggeris Fulbright di Malaysia

Selamat datang! Sekumpulan 98 orang Pembantu Guru Bahasa Inggeris Fulbright sudah tiba di Malaysia! Mereka telah selesai menjalani program orientasi di Kuala Lumpur dan akan berada di Malaysia selama 10 bulan untuk mengajar di sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Terengganu, Pahang, Perak, Sabah, Sarawak, Kedah, Kelantan dan Perlis. Jom lihat gambar pengembaraan mereka di KL!
Baca Selanjutnya»

Duta Besar Kamala Shirin Lakhdhir

Pada bulan Jun 2016, Kamala Shirin Lakhdhir dicalonkan untuk menjadi Duta Besar A.S. ke Malaysia. Lakhdhir menyertai Perkhidmatan Luar pada 1991.  Beliau pertama kali berkhidmat di Kedutaan A.S. di Riyadh, Arab Saudi (1992-1994), dan kemudian di Kedutaan A.S. di Jakarta, Indonesia (1994-1996).  Sekembalinya ke Washington, Lakhdhir ditugaskan di Sekretariat Setiausaha Negara, yang menguruskan perjalanan Setiausaha ...
Baca Selanjutnya»

Promosi Makanan Laut Amerika

Pada 29 September 2016, Perkhidmatan Pertanian Luar Negara (FAS) di Jabatan Pertanian A.S. menganjurkan Promosi Makanan Laut Amerika di Restoran Victoria Station di Kuala Lumpur dengan dihadiri 52 orang tetamu.  Program ini menyasarkan pengimport makanan laut, pasar raya, hotel, restoran, penyedia makanan dan wakil persatuan Amerika Syarikat yang menyokong pembangunan pasaran eksport. Chef Jean-luc Lundy ...
Baca Selanjutnya»

Ucapan Duta Besar Yun Mengenai Perkongsian Trans-Pasifik

Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Joseph Yun baru-baru ini menyampaikan ucapan mengenai manfaat Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) semasa persidangan yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan PricewaterhouseCoopers. Persidangan yang mengumpulkan pegawai dan wakil dari syarikat besar dan kecil di Malaysia menjadi platform untuk bertukar-tukar idea mengenai cara terbaik untuk bersedia merebut peluang ...
Baca Selanjutnya»

Duta Besar Yun Melawat Perlis

Duta Besar Yun baru-baru ini melawat Kampus Pauh, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), dan bercakap mengenai hubungan Malaysia-A.S. kepada pelajar, ahli fakulti dan orang kenamaan tempatan.  Beliau membincangkan tentang bidang kerjasama dua hala, termasuk pendidikan, keselamatan, perdagangan, dan alam sekitar.  Duta Besar berkata beberapa tahun kebelakangan ini, kedua-dua negara menyaksikan peningkatan dalam kerjasama di semua peringkat, ...
Baca Selanjutnya»

Simposium Perdagangan Pertahanan A.S.-Malaysia

Pada 22 Februari – Duta Besar Amerika Syarikat Joseph Yun bercakap di Simposium Perdagangan Pertahanan A.S.-Malaysia tahunan yang pertama. Acara ini mengumpulkan syarikat pertahanan A.S. dan Malaysia dan pegawai tentera Malaysia untuk bertukar-tukar maklumat dan membincangkan peluang perdagangan berkaitan pertahanan. Turut hadir ialah Brian Nilsson, Pemangku Penolong Setiausaha Hal Ehwal Politik-Tentera Jabatan Negara A.S.
Baca Selanjutnya»

Duta Besar Bertemu Dengan Usahawan Muda MAF Yang Akan Ke Lembah Silikon

Pada 16 Februari 2016, Duta Besar Amerika Syarikat Joseph Yun bertemu dengan 25 usahawan muda yang akan berlepas ke Lembah Silikon pada 21-26 Februari 2016 sebagai sebahagian daripada program sulung Yayasan Malaysia-Amerika (MAF). Kumpulan ini terdiri daripada usahawan dan ketua syarikat utama Malaysia, termasuk Sunway Group, dan Touch ’n Go. Sebagai sebahagian daripada program mereka ...
Baca Selanjutnya»

Majlis Resepsi Sambut ETA Fulbright 2016

  Duta Besar Amerika Syarikat Joseph Yun menyambut 100 Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) Fulbright di kediamannya di Kuala Lumpur dalam majlis resepsi sebelum mereka berlepas ke sekolah masing-masing di seluruh Malaysia. Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof turut menghadiri majlis ini. Kesemua 100 anak muda Amerika ini akan menghabiskan masa ...
Baca Selanjutnya»

Duta Besar Yun Sertai Delegasi Portland Melawat Sabah

Duta Besar Yun dan 10 orang delegasi dari Portland, Oregon, melawat Sabah sebagai sebahagian daripada inisiatif Bandar Bekembar dan Kerjasama Oregon-Sabah. Delegasi yang diketuai oleh Presiden Majlis Metro Portland Tom Hughes, melawat beberapa tempat di Kota Kinabalu dan kawasan lain di Sabah untuk membina hubungan dalam bidang kerjasama perniagaan, pendidikan, dan alam sekitar. Semasa lawatan ...
Baca Selanjutnya»

Duta Besar Yun Sertai Profesor Stanford dalam Panel Perbincangan Dasar Luar A.S.

Satu perbincangan meja bulat telah diadakan di Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) pada 10 Disember 2015.  Ahli panel termasuk Profesor Gi-Wook Shin dari Institut Kajian Antarabangsa Freeman Spogli Universiti Stanford dan Profesor Emeritus Donald K. Emmerson dari Universiti Stanford yang bercakap tentang dasar luar Amerika Syarikat dalam membentuk dinamik geopolitik di Asia Timur.  Duta ...
Baca Selanjutnya»

Duta Besar Yun Lawat Kelantan dan Umum Bantuan Baru A.S. untuk Banjir

Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Joseph Y. Yun melawat Kelantan pada 15 Januari 2015 dan bertemu dengan pegawai kerajaan Malaysia untuk membincangkan bantuan pemulihan banjir.  Semasa di Kota Bharu, Duta Besar Yun bertemu dengan Putera Mahkota Kelantan dan Menteri Besar Kelantan untuk menyampaikan ucapan takziah, mendapat maklumat tentang keadaan semasa, dan membincangkan bantuan jangka ...
Baca Selanjutnya»

Duta Besar Joseph Yun Melawat Pulau Pinang

Duta Besar Joseph Yun berkunjung ke Pulau Pinang untuk Dialog Dewan Perniagaan Amerika Malaysia  (Amcham) Pulau Pinang awal minggu ini.  Beliau bertemu dengan wakil-wakil syarikat A.S. dan pemimpin kerajaan Pulau Pinang untuk membincangkan pelbagai peristiwa yang berlaku di Malaysia sepanjang tahun lepas, termasuk lawatan bersejarah Presiden Obama.  Duta Besar Yun juga menggariskan aktiviti-aktiviti yang akan berlaku sepanjang tempoh Malaysia ...
Baca Selanjutnya»

Duta Besar Joseph Yun Melawat Sabah

Duta Besar Yun baru-baru ini melawat Kota Kinabalu, Sabah, untuk menghadiri sambutan Centennial Jabatan Perhutanan Sabah dan Persidangan Heart of Borneo.  Semasa di Kota Kinabalu, Duta Besar bertemu dengan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah Datuk Masidi Manjun, Datuk Bandar Kota Kinabalu Abidin Madingkir, dan ahli-ahli Jawatankuasa Pemandu Bandar Berkembar Kota Kinabalu-Portland untuk ...
Baca Selanjutnya»

Duta Besar Yun Lawat Platform Minyak Tapis ExxonMobil

Pada 29 Oktober, Duta Besar Joseph Yun melawat platform minyak luar pesisir Tapis R yang baru dipasang, di luar pantai Terengganu.  ExxonMobil dan rakan kongsi usaha samanya, Petronas melabur $2.5 bilion untuk projek itu, yang bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran minyak dari lapangan Tapis yang matang dengan menggunakan teknologi suntikan air dan gas.  Duta Besar Yun ...
Baca Selanjutnya»

Amerika Syarikat dan Malaysia Berkongsi Nilai Menentang ISIL

Amerika dan Malaysia sama-sama dikejutkan dengan imej ngeri keganasan tidak masuk akal yang dilakukan oleh Negara Islam Iraq dan Levant, juga dikenali sebagai Isil.  Kekejaman yang digambarkan oleh pegawai Iraq termasuk pembunuhan beramai-ramai 1,000 orang, yang termasuk 100 kanak-kanak, di Mosul, serta pembunuhan, merogol, membakar, dan penjualan wanita yang tidak berdosa di Sinjar.  Dianggarkan lebih ...
Baca Selanjutnya»

Duta Besar Yun Mengiringi Delegasi Sabah ke Portland, Oregon

Duta Joseph Yun akan mengiringi delegasi dari Kota Kinabalu dan Sabah yang melawat Portland, Oregon dari 27 September – 4 Oktober, 2014. Delegasi dari Sabah yang diketuai oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun Bin ini termasuk Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir dan wakil-wakil dari Lembaga Pelancongan ...
Baca Selanjutnya»

Duta Besar Yun Berdialog dengan Pemimpin Islam Berpengaruh

Pada 26 Jun, Duta Besar Joseph Yun telah menjemput pemimpin terkemuka masyarakat Islam Malaysia datang ke kediamannya untuk perbincangan tentang isu-isu semasa dalam negara dan hal ehwal luar negara.  Para peserta termasuk pemimpin keagamaan, ketua NGO, dan mereka yang aktif dalam pertubuhan sivil Islam.  Duta Besar Yun menafikan banyak salah faham tentang Amerika Syarikat dan ...
Baca Selanjutnya»
Selanjutnya ∨