Perkongsian Trans-Pasifik

Walaupun Amerika Syarikat telah menarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), kami kekal komited untuk mengukuhkan hubungan ekonomi di seluruh rantau Asia Pasifik, termasuk dengan setiap 11 negara yang menandatangani Perjanjian TPP. Pentadbiran baru mahu terlibat secara lebih berkesan dengan ekonomi Asia Pasifik, bekerjasama dengan kerajaan untuk mengurangkan halangan perdagangan dan pelaburan serta meningkatkan peluang yang akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan di Amerika Syarikat dan negara lain di rantau ini. Matlamat keseluruhan kami adalah untuk memajukan perdagangan dan pelaburan di rantau ini, termasuk melalui FTA dua hala dengan negara yang bersetuju untuk melaksanakan reformasi dalaman yang akan membantu mereka memenuhi standard tinggi yang ditetapkan oleh kami.