Majlis Penasihat Keselamatan Luar Negara

Majlis Penasihat Keselamatan Luar Negara (OSAC) diwujudkan pada 1985 di bawah Akta Jawatankuasa Advisori Persekutuan untuk menggalakkan kerjasama keselamatan antara kepentingan sektor swasta Amerika di seluruh dunia dan Jabatan Negara A.S.  OSAC berkembang menjadi usaha sama yang sangat berjaya, dengan syarikat dan organisasi A.S. menerima bantuan yang mereka perlukan untuk menghadapi isu keselamatan dalam persekitaran yang asing.  OSAC adalah perkhidmatan percuma kepada organisasi sektor swasta yang berpangkalan atau ditubuhkan di A.S. dengan operasi luar negara.

OSAC menggalakkan kerjasama yang berkesan dengan bekerja untuk membantu sektor swasta A.S. agar dapat menangani isu keselamatan dengan lebih baik, termasuk mengenal pasti dan mengesan ancaman, terutamanya yang mensasarkan kakitangan sektor swasta, kemudahan, pelaburan, kepentingan, dan harta intelek.  Di samping menyediakan maklumat keselamatan yang tepat pada masanya untuk bertindak, OSAC juga membantu dalam pembangunan pasaran baru dengan penilaian yang tepat mengenai persekitaran keselamatan semasa dan akan datang.  Bagi memastikan keselamatan maklumat kritikal dikongsi dengan orang yang memerlukan apabila perlu, OSAC bersedia 24 jam sehari, tujuh hari seminggu untuk menjawab soalan dengan analisis pakar tentang cabaran keselamatan luar negara yang pesat berkembang.

Melalui penggunaan laman web, www.OSAC.gov, OSAC menawarkan  maklumat terkini berkaitan keselamatan dan sekuriti, pengumuman awam, buletin Hal Ehwal Konsular, nasihat perjalanan, tarikh ulang tahun penting, profil kumpulan pengganas, laporan jenayah dan keselamatan negara, laporan topic khas, laporan akhbar asing, dan banyak lagi.  Mekanisme  pertukaran maklumat OSAC juga termasuk kakitangan pakar penyelidikan keselamatan antarabangsa yang khusus untuk berkhidmat kepada sektor swasta A.S.  Selain itu, OSAC mempunyai rangkaian Majlis Negara di seluruh dunia yang membawa bersama kedutaan dan konsulat A.S. dengan masyarakat A.S. tempatan untuk berkongsi maklumat keselamatan.

Untuk maklumat lanjut atau untuk menyertai, sila lawati www.OSAC.gov.