Bantuan Pemasaran kepada Syarikat A.S.

Perkhidmatan

Aktiviti galakan pasaran Pejabat Hal Ehwal Pertanian di Malaysia tertumpu kepada memberi perkhidmatan dan pembangunan perdagangan. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pengeluar, pengeksport dan pedagang makanan dan produk pertanian A.S. juga pengimport dan pedagang Malaysia. Berikut adalah beberapa aktiviti pemasaran yang dijalankan oleh OAA dan FAS.

Program Jaminan Kredit Pembekal

FAS menawarkan Program Jaminan Kredit Pembekal bagi Asia Tenggara. SCGP menolong pengeksport menawarkan pembiayaan akaun menarik kepada pembeli asing produk makanan dan pertanian A.S.

Misi Pembeli ke Amerika Syarikat

OAA menyelaras Misi Pembeli ke A.S. untuk menghadiri pertunjukan makanan dan mengatur lawatan lapangan ke pengeksport A.S. Tujuan utama adalah memperkenalkan produk makanan A.S. berkualiti tinggi kepada pengimport tempatan.

Laporan Pasaran

OAA menerbitkan laporan tentang pelbagai topik yang berguna kepada pengeksport A.S. Laporan berikut memberi pengenalan kepada pasaran Malaysia dan boleh didapati dalam talian.

  • Panduan Tahunan Pengeksport
  • Laporan Sektor Makanan Runcit
  • Laporan Sektor Perkhidmatan Makanan HRI
  • Lain-lain Laporan Pasaran
  • Laporan Peraturan dan Piawaian Import Makanan dan Pertanian (Food and Agricultural Import Regulations and Standard atau FAIRS) memberikan maklumat tentang syarat-syarat import.

Pertunjukan Makanan

FAS mengambil bahagian dalam rancangan terpilih di Asia Tenggara. Food and Hotel Asia di Singapura, berlangsung dua kali setahun dengan pertunjukan seterusnya pada bulan April 2010.

Bantuan kepada Pengeksport U.S.

Perkhidmatan Pertanian Luar Negara (Foreign Agricultural Service atau FAS) di Jabatan Pertanian A.S. menyediakan banyak program bantuan kepada pengeluar A.S. yang mahu mengeksport produk mereka ke luar negara.