Program Felo Cochran

  1. Pengimport Malaysia
  2. Program Felo Cochran

Program Fellowship Cochran (Cochran Fellowship Program atau CFP) diuruskan oleh Perkhidmatan Pertanian Luar Negara (FAS) di Jabatan Pertanian A.S. Ia memberikan peluang latihan pertanian A.S. kepada pakar dan pentadbir senior dan peringkat pertengahan daripada sektor awam dan swasta berkenaan dengan perdagangan pertanian, pembangunan bisnes agri, pengurusan, dasar dan pemasaran.

Lebih 20 tahun lalu, Senator A.S. Thad Cochran dari Mississippi mempunyai visi menyediakan latihan dan sokongan bagi menolong negara membangun meningkatkan sistem pertanian dan memperkukuhkan dan mempertingkatkan jalinan perdagangan dengan Amerika Syarikat.

Sejak ia diperkenalkan pada tahun 1984, Program Cochran sudah memberikan latihan kepada lebih 13,000 peserta antarabangsa daripada 103 negara seluruh dunia.

Program CFP sudah aktif di Malaysia sejak tahun 1989. Sehingga kini, lebih daripada 290 orang rakyat Malaysia sudah menerima latihan dalam pelbagai bidang seperti keselamatan makanan dan pemeriksaan daging, memperdagangkan buah, pengurusan kesihatan haiwan dan ternakan, pengurusan perkhidmatan makanan, dan bioteknologi pertanian.

Jika anda mahukan maklumat lanjut tentangProgram Fellowship  Cochran, sila klik laman web CFP atau hubungi pejabat kami di AgKualaLumpur@usda.gov.