Pengimport Malaysia

  1. Pengimport Malaysia
  2. Program Felo Cochran

Membantu Pengimport Malaysia Mencari Pembekal A.S Yang Baik

Untuk menolong syarikat Malaysia mendapatkan produk pertanian, perikanan dan perhutanan. FAS mempunyai beberapa perkhidmatan dan maklumat.

Membeli Produk A.S.:
Laman ini mengandungi maklumat tentang pembelian produk makanan dan pertanian A.S. Jika anda menghadapi masalah mendapatkan jawapan daripada pembekal A.S. sila hubungi OAA di AgKualaLumpur@usda.gov.

Direktori Eksport Syarikat Pengedar Makanan A.S.:
Direktori ini menyediakan senarai pembekal produk runcit dan perkhidmatan makanan A.S. kepada pembeli luar yang berpotensi.

Senarai Pembekal A.S.:
Senarai Pembekal A.S. memberikan pembeli luar maklumat hubungan pembekal produk makanan, ladang, makanan laut dan perhutanan yang layak. Anda boleh mengakses direktori ini melalui Perkhidmatan Dalam Talian Pembekal A.S. secara percuma.

Pertunjukan Dagang A.S.:
Pertunjukan dagang A.S. menyediakan peluang baik mempelajari produk baru dan berjumpa dengan pengeluar dan pengeksport A.S. Sila periksa senarai Pertunjukan Dagang A.S.