Kumpulan Selo Amerika Break of Reality Melawat Malaysia

Break of Reality with the bamboo orchestra from SMK Tamparuli. (U.S. Embassy photo)
Break of Reality bekerjasama dengan Alena Murang. (Foto Kedutaan A.S.)
Break of Reality bekerjasama dengan Alena Murang. (Foto Kedutaan A.S.)

Kumpulan selo Amerika Break of Reality melawat Malaysia pada 10-15 Januari. Lawatan itu disokong   melalui program American Music Abroad, yang diuruskan oleh Association of American Voices, untuk Biro Hal Ehwal Pendidikan dan Kebudayaan Jabatan Negara A.S. Di Kuala Lumpur, kumpulan ini bekerjasama dengan pemain sape Alena Murang di konsert awam di Auditorium Bentley dan membuat persembahan untuk kenalan kedutaan di kediaman Duta Besar Amerika Syarikat. Di Kota Kinabalu, Break of Reality bermain muzik bersama pemain gitar tempatan Roger Wang dan orkestra yang menggunakan buluh dari SMK Tamparuli.

Break of Reality juga mengadakan beberapa bengkel di sekolah, Universiti Malaysia Sabah, Kolej Muzik Antarabangsa, dan Institut Seni Sabah. Pada hari terakhir program, Break of Reality menghiburkan penghuni, kakitangan, dan pelawat di sebuah hospital awam di Likas, Sabah.