Sokongan untuk Festival Irama Rimba Hidupan Liar Borneo

A lively Zumba session at the festival (U.S. Embassy photo)

Festival Irama Rimba Hidupan Liar Borneo pada 20 dan 21 Ogos bertujuan menggalakkan biodiversiti dan pemahaman yang lebih mendalam tentang warisan semula jadi di Malaysia Timur.  Festival yang diadakan di hutan hujan terkenal di dunia Sepilok, Sandakan, mengumpulkan pakar sains dan pemuliharaan untuk berkongsi pelbagai maklumat melalui kajian dan penyelidikan mereka.  Festival ini dirasmikan oleh Datuk Pang Yuk Ming, Pembantu Menteri di Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.  Tahun ini, penganjur juga menayangkan filem dari Festival Filem Gajah Antarabangsa dan menjemput pemuzik, artis dan orang seni kreatif yang berkongsi kecintaan mereka terhadap alam sekitar.  Kira-kira 3,000 orang, terutamanya penduduk tempatan, pelajar dan pelancong datang untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti termasuk ceramah, bengkel, persembahan muzik, dan pameran sepanjang dua hari.  Program ini dibiayai bersama oleh Kedutaan Amerika.