Berbuka Puasa Bersama Kanak-Kanak Rohingya

DCM Edgard Kagan flanked by the home administrators and teachers. On his left is the home owner Tuan Syed Mohsen Al-Sagaff. Standing third from the left is Mikey’s Pizza owner, Michael Helfman and ACAO Michael Cavey standing far right. (U.S. Embassy photo)
Timbalan Ketua Perwakilan Edgard Kagan mengucapkan helo dengan melagakan buku tangan. (Foto Kedutaan A.S.)
Timbalan Ketua Perwakilan Edgard Kagan mengucapkan helo dengan melagakan buku tangan. (Foto Kedutaan A.S.)

Timbalan Ketua Perwakilan (DCM) Edgard Kagan dan kakitangan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur meraikan semangat Ramadan dengan berbuka puasa bersama lebih 100 kanak-kanak dan pentadbir Rumah Anak-Anak Yatim Al-Sagaff, Selayang, yang dihuni oleh kanak-kanak pelarian Rohingya.

Dalam ucapannya, DCM Kagan memuji pemilik rumah, Tuan Syed Mohsen Al-Sagaff, atas kepimpinan dan dedikasi beliau untuk menyediakan tempat yang selamat untuk kanak-kanak pelarian.  DCM berkata, akses kepada kemudahan pendidikan memberi harapan untuk masa depan kanak-kanak ini.

Piza Mikey’s sedap dimakan! (Foto Kedutaan A.S.)
Piza Mikey’s sedap dimakan! (Foto Kedutaan A.S.)

Kedutaan bekerjasama dengan Mikey’s New York Pizza untuk berkongsi makanan asli kegemaran rakyat Amerika bersama kanak-kanak ini.  Bagi kebanyakan mereka, ini merupakan kali pertama mereka memakan pizza, kentang goring, dan sosnya.

Michael Helfman, yang memiliki Mikey’s, turut hadir untuk menyokong usaha murni ini.  Beliau menyertai DCM Kagan dalam interaksi dengan kanak-kanak dan mengedarkan beg cenderahati daripada Kedutaan.

Sebelum berbuka puasa, kanak-kanak dihiburkan dengan persembahan badut dan diberikan belon yang mereka gemari.