Bengkel Tahunan Amalan Terbaik Sudut Lincoln 2014 Menyokong Kerjasama A.S.-Malaysia

Photo of workshop participants
PDO Angie Mizeur dan IRO Myra Brown (tengah) bersama kakitangan Pusat Sumber dan Sudut Lincoln. (Foto Kedutaan Amerika Syarikat)

Dari 11-13 Mac, Pusat Sumber Lincoln Kedutaan dan Sudut Lincoln Perpustakaan Negeri Kelantan telah bekerjasama menjadi tuan rumah bengkel tahunan Sudut Lincoln di Kota Bharu, Kelantan, pada 11-13 Mac. Melalui Skype, Pegawai Hal Ehwal Awam Bonnie S Gutman meluahkan komitmen untuk membangunkan lagi Sudut Lincoln di Malaysia.  PAO Gutman mengucapkan terima kasih kepada pengarah dan kakitangan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan kerana menganjurkan bengkel 2014, dan melahirkan penghargaan kepada semua peserta kerana hasil kerja hebat yang telah mereka lakukan sejak setahun lalu.  Beliau juga menekankan kepentingan Sudut Lincoln dan peranan yang dimainkan oleh setiap individu dalam memperluas dan merapatkan hubungan rakyat dengan rakyat dan kerajaan Malaysia-A.S. melalui program dan perkhidmatan Sudut Lincoln kepada orang ramai.  PAO Gutman juga memberi jaminan sokongan berterusan untuk memperoleh bahan-bahan perpustakaan Amerika dan mengakses sumber program untuk semua Sudut Lincoln.

Photo of workshop participants
Para peserta belajar menggunakan sumber-sumber EducationUSA. (Foto Kedutaan Amerika Syarikat)

Selain PAO Bonnie, persembahan juga dibuat oleh Pegawai Diplomasi Awam Angie Mizeur, Pegawai Sumber Maklumat Myra M. Brown, penasihat EducationUSA Doreen John dan Barbara Nichols (daripada Suruhanjaya Malaysia Amerika mengenai Pertukaran Pendidikan) dan pasukan Pusat Sumber Lincoln yang memberi tumpuan pada kepentingan pelaporan, perancangan dan program; piawaian baru, termasuk lima program teras diplomasi awam, dan bagaimana untuk menggabungkan nasihat pendidikan dengan berkesan di Sudut Lincoln.  Peserta berkongsi amalan terbaik dan merancang program-program pada 2014, memanfaatkan kekuatan Pembantu Guru Bahasa Inggeris Fulbright, peserta program Fulbright yang lain, EducationUSA, dan alumni pertukaran.  Selain itu, mereka berkongsi tentang cabaran yang pernah dihadapi sepanjang tahun lalu, dan mencari penyelesaian secara kolektif untuk menyelesaikan beberapa masalah.

Para peserta bengkel memberi maklum balas yang sangat positif secara keseluruhan. Mereka bersemangat untuk mengetahui mengenai inisiatif baru dari Pejabat Sudut Amerika di Washington yang akan membantu mereka meningkatkan program Diplomasi Awam dan membawa bahan-bahan perpustakaan yang terbaik dan terbaru, termasuk teknologi, untuk berkhidmat kepada masyarakat Malaysia yang mengunjungi Sudut Lincoln di seluruh Malaysia.