
KENYATAAN MEDIA
PEJABAT JURUCAKAP
26 NOVEMBER 2021
Penolong Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik Daniel J. Kritenbrink melawat Jakarta, Kuala Lumpur, Singapura, dan Bangkok dari 27 November hingga 4 Disember. Semasa lawatan tersebut, Penolong Setiausaha Kritenbrink akan bertemu dengan pegawai kanan kerajaan untuk menegaskan komitmen AS untuk bekerjasama dengan sekutu dan rakan kongsi bagi menangani cabaran global dan serantau yang paling serius pada abad ke-21. Penolong Setiausaha Kritenbrink akan menekankan kepentingan ASEAN dalam kawasan serantau dan sokongan A.S. untuk tatacara berasaskan perundangan di Indo-Pasifik. Beliau juga akan berhubungan dengan sekutu dan rakan kongsi mengenai demokrasi serantau dan cabaran hak asasi manusia; meningkatkan kerjasama dalam memerangi perubahan iklim; dan membincangkan cara untuk memberi tekanan kepada rejim tentera Burma bagi menghentikan keganasan, membenarkan akses kemanusiaan tanpa halangan, dan memulihkan laluan Burma ke demokrasi. Selain itu, Penolong Setiausaha Kritenbrink akan membincangkan cara bagaimana Amerika Syarikat dan rakan kongsi serta sekutunya boleh mengukuhkan hubungan ekonomi dan membina semula dengan lebih baik susulan wabak COVID-19.