Anggota Kongres A.S. Lawat Kuala Lumpur

Photo of two men shaking hands
Anggota Kongres Paul Ryan bersama Perdana Menteri Najib Tun Razak. (Foto Kedutaan A.S.)

Satu delegasi tujuh anggota Kongres Amerika Syarikat telah melawat Kuala Lumpur baru-baru ini sebagai sebahagian daripada lawatan ke rantau ini termasuk Jepun dan Singapura.  Semasa di Kuala Lumpur, delegasi itu bertemu dengan pegawai kerajaan Malaysia, termasuk Perdana Menteri Najib Razak, untuk membincangkan isu-isu ekonomi dan perdagangan dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik.  Mereka juga bertemu dengan Dewan Perdagangan Amerika dan wakil-wakil syarikat AS.  Delegasi tersebut diketuai oleh Anggota Kongres Paul Ryan, Pengerusi Jawatankuasa Dewan yang berkaitan dengan bil dan pendapatan.

Lihat lebih banyak gambar di halaman Flickr kami.