Amerika Syarikat dan Malaysia Tandatangani Perjanjian Bantuan Bersama Kastam

Photo of two men shaking hands.
Penolong Setiausaha Jabatan Keselamatan Dalam Negeri A.S. Alan Bersin bersama Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan 1 selepas majlis menandatangani perjanjian. (Foto Kedutaan A.S.)

Amerika Syarikat dan Malaysia telah menandatangani Perjanjian Bantuan Bersama Kastam (CMAA) pada hari Selasa (9 Disember), dan ia menandakan satu peristiwa penting dalam kerjasama keselamatan dan permudahkan perdagangan antara kedua-dua negara.  Penolong Setiausaha Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Alan Bersin menandatangani perjanjian itu bagi pihak Amerika Syarikat dan Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Ahmad Maslan menandatanganinya bagi pihak Malaysia.

Photo of two men smiling
Setiausaha Rendah Kementerian Luar Malaysia Dato ‘Abdul Malek Abdul Aziz dan Penolong Setiausaha Jabatan Keselamatan Dalam Negeri A.S. Alan Bersin. (Foto Kedutaan A.S.)

“Perjanjian Bantuan Bersama Kastam adalah alat berharga dalam penguatkuasaan undang-undang kerana ia memudahkan perkongsian maklumat dengan rakan kongsi antarabangsa,” kata Penolong Setiausaha Bersin.  “Perjanjian ini akan meningkatkan kerjasama dalam memerangi aktiviti haram rentas sempadan dan akan membolehkan kedua-dua negara untuk mencegah lebih baik, mengesan dan menyiasat kesalahan-kesalahan kastam.”

Perjanjian ini mencerminkan kekuatan hubungan Malaysia-A.S. dan peningkatan tahap hubungan dan kerjasama dua hala dalam tahun-tahun kebelakangan ini.  Amerika Syarikat dan Malaysia bekerjasama dalam pelbagai isu, termasuk perdagangan dan pelaburan, pendidikan, keselamatan dan pertahanan, dan alam sekitar.  Kerjasama rapat digambarkan dalam Perjanjian Perkongsian Komprehensif, yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Najib dan Presiden Obama pada tahun ini.

Perjanjian CMAA adalah perjanjian dua hala antara negara-negara dan dikuatkuasakan oleh pentadbiran kastam masing-masing.  Perjanjian ini menyediakan rangka kerja perundangan bagi pertukaran maklumat dan kerjasama.  Ia membantu negara-negara mencegah, mengesan dan menyiasat kesalahan kastam dan jenayah yang berkaitan dengan barangan yang merentasi sempadan antarabangsa, termasuk pengelakan cukai, pengedaran, penularan, pengubahan wang haram, dan aktiviti-aktiviti berkaitan keganasan.

Gambar beresolusi tinggi boleh dimuat turun di laman Facebook kami.