Amerika Syarikat dan Malaysia Berkongsi Nilai Menentang ISIL

Amerika dan Malaysia sama-sama dikejutkan dengan imej ngeri keganasan tidak masuk akal yang dilakukan oleh Negara Islam Iraq dan Levant, juga dikenali sebagai Isil.  Kekejaman yang digambarkan oleh pegawai Iraq termasuk pembunuhan beramai-ramai 1,000 orang, yang termasuk 100 kanak-kanak, di Mosul, serta pembunuhan, merogol, membakar, dan penjualan wanita yang tidak berdosa di Sinjar.  Dianggarkan lebih 1.8 juta orang telah melarikan diri dari rumah mereka kerana takut menjadi mangsa yang seterusnya.

ISIL merupakan satu ancaman serius kepada rakyat semua negara dan semua agama: ia mewujudkan ketidakstabilan terhadap keamanan dan keselamatan di Timur Tengah dan mempunyai potensi untuk membawa ideologi kebencian di negara kita sendiri. Malah, pemimpin-pemimpin dunia di Perhimpunan Agung PBB bulan ini akan membincangkan pendekatan yang sama untuk mengalahkan Isil.  Perdana Menteri Najib bertindak dengan betul dengan mengecam ISIL dan berkata tindakan mereka bertentangan dengan kepercayaan, budaya, dan kemanusiaan bagi semua rakyat Malaysia.  Perdana Menteri menegaskan kecamannya terhadap ekstremisme dalam pelbagai mesyuarat dan ucapan yang berkaitan pada minggu ini di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada 10 September, Presiden Obama mengumumkan strategi A.S. untuk menyokong pembentukan sebuah gabungan antarabangsa yang luas yang memberi tumpuan kepada pelbagai bentuk usaha untuk mengalahkan ISIL.  Kita tidak boleh melaksanakan pelan ini bersendirian dan bersyukur kerana komitmen daripada lebih 40 rakan kongsi antarabangsa termasuk Jordan, Arab Saudi, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan Pertubuhan Persidangan Islam — untuk menyokong kempen mengalahkan ISIL.

Minggu ini Malaysia menyertai 103 negara di seluruh dunia dengan sebulat suara meluluskan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Pejuang Pengganas Asing. Semasa Mesyuarat Majlis, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengulangi kecaman yang kuat dan tidak berbelah Malaysia terhadap ISIL. Menteri Luar juga menekankan bahawa Kerajaan Malaysia telah menetapkan ISIL sebagai organisasi pengganas dan akan mengambil tindakan keras terhadap ahli-ahlinya.  Di setiap peringkat di Malaysia-daripada pegawai kerajaan kepada pemimpin di peringkat akar umbi, daripada pertubuhan Islam terbesar kepada parti politik yang kecil dan untuk persatuan tempatan-negara ini bersatu dalam menolak ISIL.

Adalah penting beberapa usaha perlu segera kita disertakan dengan campur tangan yang disasarkan untuk memerangi ISIL dan menafikan mereka tempat selamat.  Kita mempunyai tanggungjawab kemanusiaan untuk menghentikan penyebaran keganasan dilakukan oleh ISIL.  Usaha kita adalah bertujuan untuk mencegah ISIL daripada membuat lebih banyak kerosakan dan penderitaan.  Tindakan ketenteraan adalah salah satu daripada strategi komprehensif berbilang serampang yang termasuk pelbagai dasar dan tindakan, yang kesemuanya diperlukan untuk berjaya.  Malah, Malaysia dan Amerika Syarikat bekerja secara selari untuk banyak garis tindakan yang sama.

Kerjasama antarabangsa adalah tumpuan utama strategi kami.  Dengan bekerja bersama rakan kongsi antarabangsa dan serantau, kita akan terus memanfaatkan keupayaan pencegahan keganasan yang ketara untuk mencegah serangan ISIL. Dengan bekerja dengan rakan kongsi, kita akan melipatgandakan usaha kita untuk menghentikan pembiayaan ISIL, mencegah ideologi sesatnya, meningkatkan risikan kita, menguatkan pertahanan kita, dan mengekang aliran pejuang asing masuk dan keluar dari Timur Tengah, kesemua inisiatif ini telah pun dilaksanakan oleh Malaysia dengan ketat.  Dengan bersatu bersama rakan, kita meningkatkan perkongsian maklumat, mendedahkan dan menangani ideologi sesat ISIL, dan berusaha untuk mencegah aliran pejuang asing ke rantau ini.

Menyampaikan bantuan kemanusiaan adalah satu lagi elemen utama tindak balas kita.  Kita akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada orang awam yang tidak berdosa di Iraq dan Syria yang yang terpaksa menjadi pelarian disebabkan tindakan pengganas kejam ini.  Ini termasuk umat Islam yang telah menanggung beban keganasan ini, dan juga beratus-ratus ribu minoriti agama dan etnik yang lain.  Kami menyeru keprihatian mereka yang cintakan keamanan di mana sahaja untuk menawarkan bantuan kemanusiaan pada masa yang amat memerlukan ini.  Tanpa mengira perbezaan, kita tidak boleh berpaling dan lari daripada mereka yang sangat memerlukan bantuan sokongan asas kehidupan.

Usaha jangka panjang Amerika Syarikat juga termasuk bekerja dengan rakan-rakan kami untuk menyokong tadbir urus yang berkesan di Iraq, menafikan ISIL tempat selamat, dan kapasiti membangunkan rakan.  Iraq yang bersatu dan rakan-rakan serantau yang kukuh akan memastikan kebebasan masa depan dan keselamatan pada masa akan datang.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap daripada kita untuk melawan suara kebencian dengan menggalakkan keamanan dan toleransi – nilai-nilai yang diterima oleh semua agama – dalam kehidupan seharian kita.  Amerika Syarikat mensasarkan untuk bekerja dengan rakan-rakan kami untuk menghadapi cabaran serius yang kita hadapi sekarang.  Dengan berganding bahu bekerja bersama mereka yang berdedikasi untuk kebebasan, keselamatan dan keamanan, kita menegaskan nilai-nilai bersama kemanusiaan dan universal yang menyokong demokrasi kedua-dua negara kita yang hebat ini.