Duta Besar Lakhdhir melawat Kedah

Pada lawatan rasmi pertamanya ke Kedah, Duta Besar Lakhdhir telah bertemu dengan Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Putera Mahkota Tunku Sarafuddin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin di Istana Anak Bukit. Duta Besar Lakhdhir juga telah membut kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Dato ‘Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Datuk Suraya Yaacob.

Duta Besar Lakhdhir meluangkan masa bersama anak tempatan yang bertenaga dan bersikap ingin tahu di Sudut Amerika, Perpustakaan Negeri Kedah di Alor Setar.

Lawatan rasmi ke Kedah ini adalah yang pertama buat Duta Besar Lakhdhir, termasuk kunjungan khas ke Sudut Amerika di Perpustakaan Negeri Kedah di Alor Setar. Di sana, beliau meluangkan masa bersama anak tempatan yang bertenaga dan bersikap ingin tahu. Duta Besar juga melawat Teleflex, sebuah syarikat A.S. yang menyediakan teknologi perubatan di Kulim Hi-Tech Park.

Pada masa ini, terdapat tiga pelajar sekolah menengah A.S. yang mengikuti program Kennedy-Lugar YES Abroad di sekolah-sekolah di Kedah. Kedah juga mengalu-alukan 12 pembantu guru bahasa Inggeris (ETA) Fulbright. ETA akan menghabiskan 10 bulan membantu guru tempatan sementara berkhidmat sebagai duta kebudayaan untuk A.S. dan meningkatkan kebolehan dan pengetahuan bahasa pelajar Malaysia.