Duta besar Lakhdhir memberi inspirasi kepada lebih 300 pelajar ETA dalam Simposium Projek Pelajar di Kuala Lumpur

Pada 29 September, Duta Besar Lakhdhir menyampaikan ucaptama dalam Simposium Projek Pelajar di Universiti Malaya. Beliau menyentuh tentang kreativiti dalam bidang keusahawanan dan menggalakkan para pelajar untuk mengenal pasti jalan penyelesaian masalah dan melaksanakan projek yang akan memberi manfaat kepada masyarakat. Projek Pelajar adalah program yang ditaja Kedutaan A.S. Kuala Lumpur dan dianjurkan Junior Achievement dengan diterajui Pembantu Pengajar Bahasa Inggeris Fulbright (ETAs).

Junior Achievement  adalah sebuah NGO yang berpangkalan di Amerika untuk mendidik belia mengenai keusahawanan, kesediaan kerja dan celik kewangan. Dengan tema “Pave Your Path”, acara ini mengumpulkan kira-kira 400 orang termasuk pelajar ETA, mentor guru, ibu bapa, media dan pegawai dari Kementerian Pendidikan. Selepas menghadiri kem boot di Kampar pada bulan Ogos dan mempelajari asas-asas kepimpinan dan keusahawanan, para pelajar bekerjasama dalam usaha niaga, mempamerkan projek serta menjual produk mereka di simposium tersebut.